Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas Diberi Percuma, ‘Star Wars Battlefront 2’ Telah Dimuat Turun 19 Juta Pemain

Selepas Diberi Percuma, ‘Star Wars Battlefront 2’ Telah Dimuat Turun 19 Juta Pemain

Diterbitkan Januari 29, 2021 · Dikemas kini Januari 29, 2021 oleh ariff bukhari

2 Minggu lalu, laman stor permainan Epic Games telah menawarkan muat turun secara percuma untuk judul permainan komputer ‘Star Wars Battlefront 2: Celebration Edition‘.

Dalam tempoh ia ditawarkan secara percuma iaitu dari 14 Januari  hingga 21 Januari 2021 lalu, judul permainan tersebut telah dimuat turun oleh lebih daripada 19 juta pemain.

More than 19M PLAYERS got #StarWarsBattlefrontII from the Epic Game Store promo!🤯Thank you so much for the continued support, even after our final content drop! We’ll watch your careers with great interest! May the Force be with you, troopers! pic.twitter.com/fC4A92HLNN

— EA Star Wars (@EAStarWars) January 25, 2021

Berikutan muat turun secara besar-besaran itu, ia telah menyebabkan beberapa masalah kepada pelayan sehingga memaksa EA menambah kapasiti pelayan mereka.

Pemain yang berjaya memuat turun promosi percuma ‘Star Wars Battlefront 2: Celebration Edition‘ itu boleh mengakses kesemua kandungan dan kemas kini terbaru bagi permainan tersebut.

Selepas tamat promosi, judul permainan itu kini kembali dijual pada harga USD39.99.

‘Star Wars Battlefront 2: Celebration Edition‘ hanya ditawarkan untuk platfom sistem operasi 64bit Windows 7 SP1, Windows 8.1 dan Windows 10.

Sumber: IGN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
©2026 WISER.MY