Walaubagaimanapun, syarikat yang pernah popular dengan pengeluaran produk peralatan penggambaran ini terpaksa mengundurkan diri daripada bisnes yang pernah menjadi tunjang syarikat tersebut.
Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Olympus Corporation, mereka secara rasminya mengumumkan pengunduran diri dari dunia perniagaan kamera.
Syarikat Jepun ini yang mula ditubuhkan pada tahun 1919 mula menceburi perniagaan fotografi pada tahun 1936 dengan menjual lensa kamera Zuiko.
Sejak itu, kamera di bawah jenama Olympus telah berkembang dan popular dikalangan peminat tegar fotografi.
Walaubagaimanapun, sejak kemunculan teknologi di kamera telefon pintar, perniagaan kamera Olympus semakin menurun dan akhirnya mereka kini terpaksa mengundurkan diri.
Olympus dalam kenyataan media mereka yang bertajuk "Signing of Memorandum of Understanding for Divestiture of Imaging Business" itu menyatakan bahawa mereka mahu menjual perniagaan kamera mereka kepada Japan Industrial Partners (JIP).
JIP sebelum ini juga pernah mengambil alih perniagaan dari Sony VAIO pada tahun 2014 dahulu.
Perjanjian pengambila alihan oleh JIP dari Olympus dijangka akan dibuat pada 30 September ini.
Namun begitu, walaupun tidak lagi terlibat dalam perniagaan kamera, Olympus Corporation kukuh dalam sektor perniagaan mereka yang lain seperti pengeluaran peralatan untuk perubatan, saintifik dan peralatan industri.
Berkaitan
- Kerajaan Berjanji Mempertingkatkan Kualiti Jaringan Digital Di Seluruh Negara Menerusi Pelan NFCP
- Kerajaan Mengumumkan Pelaksanaan Makmal Infrastruktur Digital Negara
- EOS Masters 2024 Tampilkan 17 Pakar Baharu, Ketengah Barisan Kamera Dan Lensa Sistem EOS R
- Skor Kamera Dan Paparan HONOR Magic5 Pro Atasi iPhone 14 Pro Max Dan Galaxy S23 Ultra - DxOMark
- Sebahagian Tesla Model S, X Dan Y Dipanggil Semula Kerana Isu Kamera
- Maxis Dan Malaysia Airports Bekerjasama Menjadikan KLIA Lapangan Terbang Digital 5G Pertama Di Malaysia
- Hasil Kajian ID Digital Nasional Dijangka Siap Pada 30 Jun 2020
- Isu Beg Sekolah Berat Selesai. Buku Teks Sekolah Kini Dalam Bentuk Digital
- Kerja-Kerja Penyusunan Semula Frekuensi Siaran TV Digital Dari 25 Hingga 27 Februari 2020
- CelcomDigi fiber Dan Oyen Bersama Melindungi Pengguna Dengan Servis Digital Trust Baharu