Ia dimaklumkan oleh pihak Pengurusan Kristal Astro menerusi kenyataan media rasmi di laman sesawang syarikat tersebut.
Kristal Astro menyatakan, langkah penamatan operasi perniagaan syarikat itu terpaksa diambil ekoran perkembangan teknologi di mana pelanggan mereka kini lebih cenderung menonton media di dalam talian berbanding menonton rancangan-rancangan yang disiarkan syarikat tersebut.
Bagi melancarkan proses penutupan operasi itu, pihak Kristal Astro meminta para pelanggan mereka merujuk kepada Soalan Lazim (FAQs) kami di laman sesawang www.kristalastro.com.
Atau mereka boleh hubungi Khidmat Pelanggandi talian Hotline 8350327 atau 8350329 atau memalui Talian Bantuan WhatsApp 88166888 yang beroperasi setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam untuk pertanyaan lanjut atau memerlukan sebarang bantuan.
Semakan terhadap laman sesawang syarikat itu juga kini tidak lagi memaparkan pakej-pakej tayangan yang ditawarkan mereka sebelum ini.
Sebaliknya hanya makluman penutupan syarikat tersebut sahaja dipaparkan.
KRISTAL-ASTRO (KRISTAL-Astro Sdn Bhd) merupakan satu-satunya perkhidmatan siaran tv berbayar yang beroperasi di Brunei yang dilancarkan sejak Januari 2000 dahulu.
KRISTAL-ASTRO merupakan usaha sama antara syarikat Kristal Sdn Bhd iaitu syarikat subsidiari DST Group (Brunei) dengan MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd (Malaysia) sebagai syarikat subsidiari Astro Malaysia Holdings Sdn Bhd.
Sumber: KRISTAL Astro, Kristal-Astro - Wikipedia, ABU
Berkaitan
- Astro Memerlukan Lebih Masa Menangani Sepenuhnya Isu Perkhidmatan Satelit Yang Dihadapi
- Astro Menyajikan Lebih 150 Kandungan Istimewa Sempena Merdeka Dan Ulang Tahun Ke-25
- 7 Fenomena Menarik Dalam Kalendar Astronomi Bulan Ogos 2022 Ini
- Digi Bersama Astro Radio Mendigitalkan Perniagaan Usahawan Kecil
- Pelanggan Astro Kini Boleh Strim BBC Brit, CBeebies Dan 3 Lagi Jenama Global BBC
- Astro Beri Saluran 100 Percuma Untuk Semua Pelanggan Sempena Hari Kebangsaan
- Astro Perkenalkan Ciri Profil Multipengguna Untuk Ultra & Ulti Box Dan Astro GO
- TM Dan Astro Berkolaborasi Menyediakan Pengalaman Digital Berkualiti Tinggi
- RTM Dan Astro Diumum Rakan Penyiar Rasmi Liga Malaysia 2023
- Teleskop Ini Guna Sebanyak 10 Lensa Canon Bantu Ahli Astronomi Australia Kaji Galaksi