Selepas 20 Tahun Dicari, Bos Mafia Itali Berjaya Ditangkap Dengan Bantuan Google Maps

Polis Itali dilaporkan akhirnya telah berjaya menangkap suspek penjenayah yang amat dikehendaki di negara itu yang disyaki sebagai ketua mafia terkenal di negara tersebut.

Ketua mafia itu dilaporkan telah bersembunyi dari dikesan oleh pihak berkuasa negara itu sejak 20 tahun yang lalu.

Apa yang menariknya disebalik kisah kejayaan penangkapan itu adalah ketua mafia tersebut berjaya dikesan selepas gambar penjenayah tersebut dirakam oleh Google Maps.

Ketua mafia bernama Gioacchino Gammino yang kini berusia 61 itu dilihat berada di hadapan sebuah kedai buah ketika imejnya dirakam oleh Google Maps Street View.

Imej tersebut telah menyebabkan siasatan ke atas penjenayah itu kembali dibuka dan selepas 2 tahun penyiasatan dijalankan, Polis Italy akhirnya berjaya menahan ketua mafia tersebut yang dikesan berada di negara Sepanyol dengan menggunakan identiti palsu.

Apabila ditahan, Gioacchino bertanyakan kepada polis bagaimana mereka berjaya mengesannya. Ini kerana dia langsung tidak pernah menghubungi keluarganya sejak 10 tahun lepas.

Polis Italy menyatakan, Gioacchino berjaya dikenal pasti dari imej yang dirakam oleh Google MapsĀ berpandukan kepada bekas parut yang ada pada dagunya.

Gioacchino Gammino merupakan penjenayah yang berjaya melarikan diri daripada penjara Rome pada tahun 2002 dahulu di mana dia telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas sejumlah jenayah bunuh yang telah dilakukannya sejak beberapa tahun dahulu.

Sumber: gdnonline