Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Satelit Marikh

Selepas 19 Tahun, Sistem Operasi Windows 98 Satelit Pemantau Marikh Terima Kemas Kini

Diterbitkan Jun 30, 2022 oleh Firdaus

Probe Ekspres Marikh milik Agensi Angkasa Eropah (ESA) telah menerima kemas kini baharu buat kali pertama sejak 2003 untuk sistem operasi Windows 98-nya. Kemas kini tersebut dibuat untuk meningkatkan peluang probe itu untuk menemui air di planet ‘merah’ tersebut.

How do you update Windows 98 on a spaceship orbiting Mars? @esa is doing it for Mars Express, after 19 years. https://t.co/DRWtuaqo22 pic.twitter.com/xxkDz5GrL1

— Chris Hadfield (@Cmdr_Hadfield) June 22, 2022

Probe ini dilancarkan pada 2003 di bawah misi MARSIS (Mars Advanced Radar for Subsurface and Ionosphere Sounding) dan dipadankan sistem operasi Windows 98 untuk tugasan mencari sumber air di Marikh.

Kemas kini tersebut memberikan kod baharu untuk probe ini seperti meningkatkan penerimaan isyarat dan pemprosesan data untuk menambahkan bilangan dan kualiti data sains yang akan dihantar ke Bumi.

Hal ini demikian, ESA telah menerima data beresolusi rendah yang menunjukkan kehadiran air dikawasan selatan Marikh. Oleh itu, kemas kini tersebut sangat penting untuk kajian dan mengesahkan sama ada Marikh merupakan ‘rumah’ kepada sumber air yang baharu.

Sumber: European Space Agency

Gambar utama: European Space Agency 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY