Selepas 1 Julai Ini, Aplikasi Permainan Pokémon GO Tidak Lagi Boleh Dimainkan Pada Peranti Apple Watch

Tidak lagi perlu menggunakan 2 peranti bagi satu tujuan.


Pembangun aplikasi permainan popular Pokémon GO, Niantic telah mengumum bahawa mereka akan menamatkan sokongan aplikasi permainan Pokémon GO pada peranti Apple Watch selepas 1 Julai 2019 ini.

Niantic menyatakan, disebabkan ciri Adventure Sync pada telefon pintar sudah membolehkan pemain mengikuti jejak, mendapatkan Buddy Candy dan menetaskan telur pada satu peranti sahaja, jadi adalah tidak releven lagi melakukan perkara yang sama pada 2 peranti yang berasingan.

Mereka juga kini mahu lebih memfokuskan pembangunan ciri Adventure Sync supaya pemain tidak lagi perlu mengasingkan permainan tersebut kepada 2 peranti. Cukup dengan fokus pada 1 peranti utama sahaja.