Selarikan Bookmark Safari Ke Dalam Semua Peranti Apple

Tips ringkas tetapan untuk selarikan ke semua Bookmark Safari supaya ia ada di dalam semua peranti Apple yang anda miliki dengan mengaktifkan ciri iCloud Bookmarks.

Jika anda sering menggunakan peranti iOS dan Mac untuk melayari web, anda pastinya mahu memastikan laman-laman web yang ditandakan sebagai Bookmark dalam aplikasi Safari ada pada peranti-peranti Apple yang lain.

Ia sekaligus akan memudahkan laman-laman web yang telah ditandakan di dalam aplikasi Safari, diakses semula dari peranti Apple atau komputer lain yang anda miliki.

Berikut adalah langkah-langkah tetapan untuk menyelaraskan bookmark Safari dari peranti iOS:-

1. Buka tetapan (Settings) peranti iOS

2. Tap pada nama akaun ID Apple anda



3. Kemudian pilih iCloud



4.  Akhir sekali aktifkan aplikasi Safari untuk ia diselarikan menerusi servis akaun iCloudanda.



  • Untuk tetapan di dalam Mac pula, anda buka System Preferences dan pilih iCloud.




Selesai.

Berkaitan