Selangor Akan Menjadi Pemangkin Negeri Pintar Menjelang 2025

Bermula dengan meningkatkan keselamatan dan mengurangkan pencemaran.


Dalam usaha menjadi pemangkin negeri pintar di Malaysia menjelang tahun 2025, Kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan peruntukan sebanyak RM300 juta dalam tempoh lima tahun bagi mempercepatkan pelaksanaan pelan tindakan memajukan Selangor.

Pelaksanaan itu akan dimulakan dengan pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang berupaya mengenal pasti wajah, reka bentuk imej rakaman serta pemantauan keselamatan bagi tujuan kawalan keselamatan dan pencemaran.

Pemasangan CCTV itu akan dijayakan di bawah inisiatif Smart Selangor di mana kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi memfokuskan kepada segmen keselamatan.

Dijangkakan sekitar 2,000 hingga 5,000 CCTV akan ditempatkan di beberapa lokasi serta menaik taraf pusat kawalan dengan menempatkannya semula supaya memiliki kemudahan atau sudut penganalisaan yang lebih jitu bagi data yang dikumpulkan.

Kapsyen: Sumber: Projek Smart Selangor


Negeri Selangor sebelum ini telah mencatat sejarah sebagai lokasi terawal yang dipilih oleh kerajaan pusat untuk menjalankan ujian rangkaian telekomunikasi termaju 5G di SS15 menerusi kerjasama Telekom Malaysia Bhd (TM) dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) baru-baru ini.

Sumber: SKMM

Berkaitan