Selangor Akan Guna Dron Untuk Pantau Pencemaran Sumber Air


Selangor dan isu air sekali lagi menjadi topik hangat minggu ini. Setelah kerja pembaikan paip pecah selesai, hari ini timbul lagi masalah gangguan air akibat pencemaran melibatkan sebahagian besar kawasan Lembah Klang.

Terbaharu, memetik laporan Bernama, sejumlah empat dron berteknologi tinggi bakal digunakan untuk kerja-kerja pemantauan sungai dan aktiviti pencemaran sumber air di Selangor.

Sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan kerajaan negeri bagi pengendalian 4 dron DJI Matrice 300 yang mana ia akan diuruskan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Difahamkan, dron tersebut boleh memberi amaran awal seperti mengesan individu pada waktu malam dimana ia berguna untuk mencegah sebarang aktiviti pencemaran sungai.

Selain itu, ia juga berkemampuan mengambil sampel air di kawasan terpencil dengan lebih tepat.

Sumber: Bernama