Selamat Tinggal Steam, Fallout 76 Eksklusif Untuk Bethesda.net

Antara game yang ditunggu-tunggu tahun ini adalah dari francais Fallout, Fallout 76. Permainan pelbagai platfom menampilkan permainan pasca peperangan Dunia ke-3 kali terakhir muncul semasa tahun 2015 menerusi Fallout 4. Studio yang menghasilkan permainan ini, Bethesda Games Studios merancang permainan mini, Fallout 76 yang dikatakan akan keluar penhujung tahun ini.

Namun jika mengikut F.A.Q untuk fasa beta Fallout 76 ada menyatakan yang permainan ini hanya boleh didapati di Bethesda.net. Bethesda telah mensahkan perkara ini mengatakan yang Fallout 76 hanya boleh dimuat turun di laman sesawang mereka.



Ini merupakan tamparan buat platfom Steam yang sebelum ini mengedar dan menjual permainan Fallout 4 di platfom mereka. Bethesda dikatakan mahu memaksimumkan keuntungan mereka dengan menjual permainan mereka tanpa orang tengah.

Platfom seperti Steam digunakan sebagai salah satu cara mempromosikan permainan kepada pengguna. Perkara ini lazim bagi studio-studio permainan kecil kerana kemampuan kewangan teknikal yang terhad bagi mewujudkan sistem pelancar mereka tersendiri.

Bethesda diramalkan akan melancarkan Fallout 76 versi beta bermula oktober ini dan versi beta akan dibawa masuk terus ke dalam permainan versi penuh.

Sumber