Ikuti kami di media sosial

Trivia

Selamat Tinggal Iphone 5s, 6 dan 6Plus

irfan suhaimee

Ditulis

pada

Ios 13 telah mula ditawarkan kepada pengguna iphone dan Ipod Touch generasi ke-7 semalam. Pelbagai fungsi baru yang ditawarkan pada kemaskini ios 13 pada kali ini antaranya fungsi mod gelap diperkenalkan buat kali pertama buat para pengguna ios dan beberapa fungsi menarik lagi seperti para pengguna boleh mengedit video di dalam galeri dan pelbagai lagi. Namun begitu, kemaskini ios 13 ini hanya menyokong model Iphone 6s dan ke atas sahaja.

Pada tahun lalu, kemaskini ios 12 menyokong model Iphone 5s, 6 dan 6Plus ke atas, namun kali ini ketiga-tiga model itu tidak mendapat kemaskini ios 13 dan ia menandakan bahawa ketiga peranti berkenaan mungkin tidak akan dapat menajalankan aplikas-aplikasi yang bakal dikemaskini untuk ios13. Jika dilihat dari segi usia, Iphne 5s sudah mencapai usia 6 tahun manakala Iphone 6/6Plus telah mencapai usia 5 tahun,

Secara ringkasnya, Iphone 5s dilancarkan pada 20 September 2013, dan ia merupakan peranti yang mempunyai reka bentuk yang sama dengan Iphone 5 dan mendapat beberapa penambahbaikan dari segi fungsi dan rekaan.luaran. Apa yang menarik, Iphone 5s merupakan peranti pertama keluaran Apple yang menggunakkan teknologi “touch id” dan sistem ini bertahan sehingga generasi Iphone 8 sebelum Apple memperkenalkan sistem “face id” pada Iphone X. Selepas beberapa tahun, Iphone 5s masih menjadi kegilaan ramai kerana saiznya yang kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja. Ini terbukti apabila pihak Apple melancarkan Iphone SE pada awal 2016 yang mempunyai reka bentuk dan saiz yang sama dengan Iphone 5s di mana memperlihatkan masih ramai pengguna iphone yang masih menyukai reka bentuk yang terdapat pada peranti itu.

Manakala Iphone 6 dan 6Plus pula dilancarkan pada 19 September 2014 dan merupakan peranti Iphone pertama yang hadir dengan rekaan yang lebih besar. Iphone 6 hadir dengan skrin ips lcd 4.7 inch dan Iphone 6 Plus pula hadir dengan skrin ips lcd 5.5inch di mana keduanya mempunyai saiz skrin yang lebih besar jika dibandingkan dengan model Iphone 5s.

Namun begitu, beberapa pengguna Iphone 6 dan 6Plus melaporkan peranti ini mempunyai isu mudah bengkok terutamanya bagi model Iphone 6Plus. Pihak Apple telah mengatasi isu ini dengan menggantikan binaan belakang pada model Iphone 6s/6s Plus pada 2016.

Secara kesimpulannya, ketiga-tiga peranti ini masih boleh digunakan tetapi mungkin tidak akan dapat menajalankan beberapa aplikasi yang bakal dikemaskini untuk ios 13 terutamanya permainan mobil dan aplikasi-aplikasi yang sentiasa dikemaskini.

 

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular