Keunikan yang ditonjolkan berjaya memberi ruang kepada syarikat pengeluar memasang skrin paparan 6.4 inci yang luas sehingga dengan nisbah tertinggi dipasaran ketika ini,93.8%. Malah, Oppo sebelum ini pernah mendakwa bahawa sistem mekanikal kamera ini mampu bertahan sehingga 5 tahun dengan penggunaan normal.
Kesemua kamera peranti ini akan keluar dari bahagian atas peranti sekiranya aplikasi kamera dibuka dan akan menyusur masuk semula selepas keluar dari aplikasi berkenaan. Oppo Find X telah menjadi peranti pertama yang menggunakan sistem berkenaan.
Faktor penarik yang ditawarkan untuk peranti ini adalah sistem nyahkunci menggunakan wajah berasaskan model 3D, O-Face, nyahkunci berasaskan suara, O-Moji, Qualcomm Snapdragon 845, Color OS 5.1, dan beberapa ciri yang lain. Ia juga bakal dilengkapi dengan 8GB RAM dan 256GB ROM.
Ia juga dijana dengan bateri berkapasiti 3730 mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC. Peranti ini dikatakan akan menyokong sistem Android P apabila diperkenalkan nanti. Oppo Find X hadir dengan dua pilihan warna iaitu Glacier Blue dan Bordeaux Red.
Peranti ini boleh dimiliki melalui gedung rasmi dalam talian OPPO Malaysia dan pengedar sah OPPO seluruh negara pada harga RM3,699 bermula 5 Ogos ini. Namun bagi anda yang berminat untuk menjadi pemilik terawal peranti ini, anda boleh mula membuat pra-tempahan di sini bermula 17 Julai dan dapatkan Olike Neo yang bernilai RM 399 secara percuma.
Berkaitan
- Harga Vivo V7+ Untuk Pasaran Malaysia Didedahkan
- Sony Xperia 10 II Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1799
- OPPO, Xiaomi Dan Vivo Dilapor Sudah Uji Hong Meng OS, Dikatakan 60% Lebih Laju Berbanding Android
- Versi 4GB ASUS ZenFone Max Pro M1 Mula Ditawarkan Dalam Negara
- Asus Zenfone Max Plus M1- Telefon Kelas Pertengahan Dengan Skrin 18:9
- realme C17 Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM899
- Xiaomi Mi Mix 3 Harga Bawah RM2500 Hadir Dipasaran Tempatan Januari Hadapan
- Bocoran Video Mi Mix 2S Memperlihatkan Ciri Sentuhan Seakan iPhone X
- Permainan Battle Royal Xiaomi, "Survival Game" Sudah Mula Ditawarkan Kepada Pengguna
- Nokia 8 Bakal Dilancar Untuk Pasaran Malaysia Pada 8 September