Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
turn off edge notification

Selalu Keluar Notifikasi Daripada Edge? Ini Cara Matikannya

Diterbitkan Julai 1, 2022 · Dikemas kini Julai 1, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Apabila melayari internet, banyak laman web akan meminta anda untuk benarkan mereka menghantar notifikasi. Tidak kisah sama ada melalui komputer atau telefon, pilihan ‘Allow‘ dan ‘Block‘ akan tiba-tiba muncul.

Secara peribadi saya sendiri akan tekan ‘Block’ setiap kali kerana tidak mahu notifikasi penuh dengan perkara yang saya tidak minat.

Anda mungkin sekarang ada menerima notifikasi daripada pelayar internet (browser) kerana tidak sedar sudah tekan ‘Allow’ sebelum ini.

Jika anda menggunakan Edge, kami kongsikan di sini cara untuk matikan notifikasi agar ia tidak lagi mengganggu hidup anda.

  1. Masuk Edge, tekan tiga titik di hujung kanan.
  2. Masuk Settings.
  3. Masuk Cookies and site permissions.
  4. Di bawah All permission, tekan Notifications.notifications edge 1
  5. Di bawah Allow, pilih laman web yang anda mahu matikan notifikasinya.notifications edge 2
  6. Tekan tiga titik, tekan Remove. atau Block.

Selesai. Kini anda tidak lagi akan terima notifikasi.

Kami sarankan matikan semua laman web daripada memberi anda notifikasi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY