Selain Pixel Generasi Ke-2, Google Mungkin Akan Hasilkan Telefon Pintar Bajet

Sebelum ini kita sudah mendengar berita mengenai Google yang ingin mengeluarkan telefon Pixel generasi ke-2, dan yang terkini syarikat enjin pencarian itu turut dipercayai akan menghasilkan telefon pintar bajet.

Menurut 9 To 5 Google, terdapat satu laporan dari sumber mereka menyatakan Google sedang menjalankan ujian terhadap satu prototaip secara senyap.

Prototaip yang dirujuk sebagai "Pixel 2B" itu, mungkin akan diumumkan bersama Pixel 2 atau juga mungkin diumumkan selepas pelancaran Pixel 2.

Sumber itu turut memberitahu, "Pixel 2B" ini akan dijual pada harga yang lebih murah dengan prestasi yang sedikit rendah dibandingkan dengan versi premium, Pixel 2.

Dengan pengeluaran telefon pintar bajet "Pixel 2B", Google dilihat mahu bersaing di semua peringkat pasaran-premium dan mampu milik.

Sumber: 9 To 5 Google