Selain Menghantar Mesej, Messenger Kini Menawarkan Permainan Segera

Hari ini Facebook telah mengumumkan fungsi terbaru bagi aplikasi Messenger, Instant Games.

Aplikasi yang digunakan lebih dari 1.2 bilion pengguna seluruh dunia itu telah memulakan versi beta Instant Games dan ianya telah berakhir pada bulan November yang lalu.

Instant Games dibangunkan menggunakan platform HTML 5, jadi pengguna boleh bermain permainan yang ditawarkan tanpa perlu memuat turun permainan tersebut.

Ia juga ditawarkan pada dua platform yang berlainan iaitu, web dan mudah alih.



Antara permainan yang boleh didapati pada ciri Instant Games adalah:


  • Pac Man




  • Galaga




  • Space Invaders




  • Word with Friends serta banyak lagi




Fungsi permainan ini akan mula ditawarkan beberapa minggu lagi dan sudah pasti ia akan ditawarkan pada kedua-dua platform telefon pintar, iOS dan Android.

Sumber: The Next Web