Selain Elon Musk, Remaja Ini Turut Jejaki Jet Peribadi Milik 4 Lagi Tokoh Lain

Sebelum ini telah dilaporkan tentang seorang remaja yang telah mencipta sebuah akaun Twitter, @ElonJet yang berfungsi 24/7 bagi tujuan mengesan lokasi jet peribadi Elon Musk serta berkongsinya melalui twit yang boleh dilihat serta disebarkan sesiapa sahaja.

Tetapi rupa-rupanya, remaja bernama Jack Sweeney itu bukan jejaki jet peribadi milik Elon Musk sahaja, tetapi turut menjejaki jet peribadi milik 4 lagi tokoh berpengaruh iaitu Bill Gates, Jeff Bezos, Mark Cuban dan penyanyi rap terkenal Drake.

https://twitter.com/GatesJets/status/1488334361502044162?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1488334361502044162%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fpublish.twitter.com%2F%3Fquery%3Dhttps3A2F2Ftwitter.com2FGatesJets2Fstatus2F1488334361502044162widget%3DTweet

Menariknya dedah remaja itu, Drake memiliki kapal terbang terbesar berbanding 3 tokoh tersebut di mana ia menggunakan kapal terbang jenis Boeing 767-200ER yang boleh membawa seramai 216 penumpang.

Kapal terbang milik Drake itu dianggarkan berharga USD185 juta.

https://youtu.be/g3bVgKwXzGc

Elon Musk yang merupakan orang terkaya di dunia dengan anggaran kekayan bernilai lebih daripada USD220 bilion telah pun meminta Jack Sweeney untuk memadam akaun Twitter yang menjejaki jet miliknya.

Tetapi permintaan tersebut telah ditolak remaja itu selepas permintaan bayaran sebanyak USD50,000 ditolak oleh tokoh tersebut.

Sebaliknya Elon Musk hanya menawarkan sebanyak USD5,000 sahaja kepada remaja itu untuk menurukan akaun Twitter tersebut.

Malah Elon Musk juga menolak permintaan remaja itu untuk membuat latihan amali di Tesla.

Sumber: The Guardian