Selain 15GB Storan Percuma, Ini Kelebihan Menggunakan Google Drive

Google Drive memberi ruang storan kepada anda untuk menyimpan sebarang fail dan ia termasuklah foto, lukisan, reka bentuk, rakaman suara mahupun video dan pelbagai lagi.

Anda diberi peluang untuk membawa fail itu ke mana sahaja anda pergi dan ia juga mudah untuk diakses melalui apa sahaja jenis peranti pada bila-bila masa. Boleh berkongsi fail melalui cara menjemput rakan-rakan anda untuk melihat serta memuat turun semua fail tersebut.

Storan Peribadi

  • Membolehkan anda menyimpan dan berkongsi fail bersama rakan-rakan. 15GB storan diberikan secara percuma.


Storan Perniagaan



  • Dengan adanya Drive Enterprise, Dokumen, Slaid Google, Helaian merupakan perkhidmatan yang telah disertakan yang akan mudah untuk menjadi alat kerjasama antara satu pasukan. Drive Enterprise juga mempercepatkan aliran kerja pasukan dengan ciri-ciri yang membolehkan pengguna memberikan tugasan serta mendapatkan kelulusan permintaan serta merta.


Ciri-ciri Drive

  • Storan 15GB


Dengan akaun Google, anda akan mendapat 15GB storan secara percuma. Storan ini digunakan untuk menyimpan segala fail, e-mel, foto, serta video di dalam Google Drive, Google Photos dan Gmail. Bagi mendapatkan lebih daripada 15GB storan, anda boleh menaik taraf di Google One.



  • Selamat dan terjamin


Setiap fail dalam Drive akan kekal selamat tidak kira apa yang berlaku pada peranti anda. Drive menggunakan protokol keselamatan yang sama digunakan pada Gmail dan perkhidmatan Google yang lain.

  • Dokumen, Slaid Google dan Helaian


Bekerja lebih bijak dengan adanya 3 bantuan ini yang akan membantu anda berkongsi dokumen dan membuat pembentangan dengan lebih pantas.



  • Borang Google


Membolehkan anda untuk menjalankan tinjauan, kemudian menyemak keputusan yang telah tersusun rapi.



  • Imbas dokumen


Imbas apa sahaja dokumen kertas seperti resit dan surat dengan menggunakan Drive untuk Android dan Drive akan menyimpan gambar tersebut dengan serta-merta sebagai PDF.

Bermula dengan Google Drive secara percuma dan nikmati ruang storan serta pelbagai kemudahan yang tersedia.

 

 

 

 

 

Berkaitan