Petang Ini, Penduduk Di Malaysia Dapat Saksikan Gerhana Bulan Penuh

Pada petang ini iaitu 8 November 2022, penduduk di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dijangka dapat melihat fenomena Gerhana Bulan Penuh.

Gerhana Bulan Penuh ini berlaku apabila Bulan melintasi masuk ke dalam bayang-bayang umbra Bumi. Senang kata, Bumi berada di tengah-tengah antara Bulan dan Matahari dalam kedudukan segaris.



Menurut Agensi Angkasa Malaysia, penduduk di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh bagi penduduk di Sabah dan Sarawak.

{suggest}

Manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya mula kelihatan ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 9:56:08PM.

Untuk mereka di Semenanjung, fenomena ini dapat disaksikan petang ini:



  • Bermula - 6:58PM

  • Berakhir - 9:56PM


Sebenarnya, fenomena Gerhana Bulan Penuh ini berlaku mulai jam 4:02PM dan berakhir pada jam 9:56PM waktu tempatan namun beberapa fasa pertama tidak dapat disaksikan dari tanah Semenanjung.



Untuk menyaksikan peristiwa Gerhana Bulan Penuh ini, anda dinasihatkan untuk berada di kawasan yang tidak mempunyai halangan di arah timur seperti kawasan yang tinggi ataupun pantai yang menghadap ke arah timur agar dapat menyaksikannya seawal mungkin.



Jabatan Mufti Selangor tidak ketinggalan menganjurkan program atas talian melalui halaman Facebook mereka di mana mereka akan kongsikan cerapan secara langsung dari 2 lokasi iaitu balai cerap di Sabak Bernam, Selangor dan Tanjung Labian, Sabah.

Siaran langsung oleh Jabatan Mufti akan bermula pada 5PM.


Sumber: MYSA