Sekiro: Shadows Die Twice Dianugerahkan Game of The Year Oleh Game Awards 2019

Game Awards merupakan acara tahunan untuk memberikan penganugerahan dan juga penghargaan untuk industri permainan. Terdapat banyak kategori permainan. Namun, yang paling utama adalah penganugerahan Game of The Year, iaitu permainan terbaik untuk tahun itu.

Untuk tahun 2019, gelaran Game of The Year jatuh kepada Sekiro: Shadows Die Twice. Ia dibangunkan oleh FromSoftware, pembangun yang popular dengan siri permainan Dark Souls sebelum ini. Permainan Death Stranding pula memenangi paling banyak anugerah iaitu, Muzik Terbaik, Arahan Terbaik, dan juga Persembahan Terbaik.

Ini adalah senarai pemenang penuh setiap kategori Game Awards 2019 :

  • Jurulatih E-sukan Terbaik: Zonic

  • Acara E-sukan Terbaik: League of Legends World Championship 2019

  • Penganjur E-sukan Terbaik: Sjokz

  • Pasukan E-sukan Terbaik: G2 Esports

  • Pemain E-sukan Terbaik: Bugha

  • Permainan E-sukan Terbaik 2019: League of Legends


Kapsyen: League of Legends sebagai permainan e-sukan terbaik 2019


  • Content Creator 2019: Shroud

  • Global Gaming Citizens: Fereshteh Farough (Code to Inspire), Stephen Machuga and Mat Bergendahl (Stack Up), Luke (Let's Be Well), Vanessa Gill (Social Cipher), Damon Packwood (Gameheads)

  • Permainan dengan Impak: Gris

  • Sokongan Komuniti Terbaik: Destiny 2

  • Muzik Terbaik: Death Stranding

  • Penceritaan Terbaik: Disco Elysium

  • Reka Bentuk Audio Terbaik: Call of Duty: Modern Warfare

  • Multi-pemain Terbaik: Apex Legends

  • Permainan Aktif: Fortnite

  • Arahan Seni Terbaik: Control


Kapsyen: Michael "Shroud" Grzesiek sebagai pencipta kandungan permainan untuk 2019


  • Permainan Aksi Terbaik: Devil May Cry 5

  • Permainan Strategi Terbaik: Fire Emblem: Three Houses

  • Permainan Keluarga Terbaik: Luigi's Mansion 3

  • Permainan Sukan Terbaik: Crash Team Racing Nitro-Fueled

  • Permainan Mudah Alih Terbaik: Call of Duty: Mobile

  • Permainan Lawan Terbaik: Super Smash Bros Ultimate

  • Permainan VR/AR Terbaik: Beat Saber


Kapsyen: Call of Duty Mobile sebagai permainan mudah alih terbaik.


  • Persembahan Terbaik: Mads Mikkelsen, Death Stranding

  • Permainan Indie: Disco Elysium

  • Undian Peminat : Fire Emblem: Three Houses

  • Arahan Keseluruhan Terbaik: Death Stranding

  • Game of the Year: Sekiro: Shadows Die Twice


Kapsyen: Sekiro: Shadows Die Twice sebagai Game of The Year 2019


Sumber