Sekinchan Dijadikan Kampung Tanpa Tunai Pertama Di Malaysia Oleh Hong Leong Dan PayNet

Hong Leong Bank dan PayNet menjalinkan kerjasama untuk Projek Kampung Tanpa Tunai (Project Cashless Kampung) di Sekinchan, Selangor.

Cita-citanya ialah untuk membantu beri akses pada 24,000 penduduk dan memperkasa 800 peniaga kecil berkaitan pembayaran tanpa tunai, tanpa sentuh serta digitalisasi perniagaan.

Fasa awal ini akan memperlihatkan pembukaan akaun dan kad debit Hong Leong tanpa perlu ke cawangan.

Untuk peniaga pula, bank tersebut akan membekalkan mereka dengan kit permulaan DuitNow dan terminal all-in-one untuk memudahkan mereka menerima pembayaran tanpa tunai.

Fokus mereka ialah peniaga di pasar dan penjaja awal ini. Seterusnya, mereka juga akan menumpukan pada perniagaan tempatan lain dan sekolah.

Hong Leong Bank berkata usaha ini dapat memperkasa perniagaan tempatan merentasi pelancongan, pertanian dan perikanan dalam era pengguna yang semakin gemar dengan pembayaran tanpa tunai ini.

Kajian daripada PayNet pula mendapati sekitar 67% daripada penduduk di kawasan luar bandar masih menggunakan tunai sedangkan hanya 36% penduduk di bandar yang memilih kaedah itu.

Oleh itu, usaha ini diharapkan dapat mengurangkan jurang tersebut, kata CEO PayNet, Farhan Ahmad.

Gambar: Airbnb
Sumber: Siaran Akhbar Hong Leong Bank

Berkaitan