Pada Ogos lalu, Trump telah mengeluarkan dua perintah eksekutif yang menyekat sebarang transaksi dengan syarikat induk aplikasi TikTok dan Wechat yang akan berkuatkuasa 20 September 2020.

Kini, Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat mengumumkan penduduk negara itu turut diharamkan untuk memuat turun aplikasi TikTok dan WeChat di App Store dan Google Play Store berkuatkuasa tarikh yang sama.

Bagi pengguna yang telah memuat turun TikTok, mereka boleh meneruskan penggunaan aplikasi itu. Bagaimanapun, Setiausaha Perdagangan Wilbur Ross berkata,

“The only real change as of Sunday night will be won’t have access to improved apps, updated apps, upgraded apps or maintenance,”

IKLAN

Sekatan bagi WeChat pula adalah lebih luas dimana bermula 20 September ini, sebarang pengehosan dan pemindahan trafik yang berkaitan dengan WeChat adalah tidak dibenarkan. Perkara yang sama akan dilakukan pada TikTok, namun hanya bermula pada 12 November nanti.

Buat masa ini, masih belum tiada kenyataan rasmi dari pihak TikTok dan WeChat berhubung perkara ini.

Sumber: CNN