Menteri Informasi dan Informatika Indonesia, Rudiantara, telah mengingatkan penyedia platform media sosial bakal berdepan tindakan serius sekiranya gagal mematuhi permintaan republik itu dalam menyekat kandungan berunsur lucah.
"Akibat paling buruk adalah saya tidak membenarkan mereka beroperasi di Indonesia. Kami memfokuskan terhadap kandungan. Jika anda melanggar kandungan bermakna anda melanggar undang-undang Indonesia" tegas Rudiantara ketika ditemubual Khamis lepas.
Beberapa minggu yang lalu, negara itu turut mengugut untuk menyekat penggunaan WhatsApp selepas aplikasi pemesejan itu terkandung dengan imej GIF berunsur lucah. Dengan jumlah rakyat menghampiri 260 juta, sudah pasti syarikat-syarikat ini mengambil pendekatan yang selari dengan kehendak Indonesia kerana tidak mahu disekat seperti apa yang berlaku di China.
Sumber: Jakarta Post
Berkaitan
- Pengguna Malaysia Sudah Boleh Main Game Dalam Netflix
- JomStudi - Hab Pembelajaran Digital Kerjasama Antara Astro, Digi Dan Media Prima
- Telefon Pintar Bercirikan Islam Pertama Di Malaysia
- RM10 Juta Dibelanjakan Pengguna Pada Hari Pertama e-Tunai Rakyat Dimulakan
- Realme 2 Dan Realme C1 Mula Dinaik Taraf Kepada Android Pie 9
- UFS 3.0 Diumumkan, Pemindahan Data Storan Dua Kali Ganda Lebih Laju
- Video: Autopilot Menyelamatkan Juruterbang Yang Pengsan Ketika Di Udara
- Mungkin Tahun 2023 Barulah iPhone Buang Takuk
- Honor Akan Bawa Telefon Pintar Gaming Ke Pasaran Malaysia 7 Ogos Nanti
- Jual, Beli, Serta Miliki Telefon Tanpa Label SIRIM Dan MCMC Adalah Menyalahi Peraturan, Denda Sehingga RM100,000