Sekat Iklan Yang Muncul Pada Aplikasi Dan "Browser" Android

Sememangnya iklan merupakan sesuatu yang sangat menjengkelkan terutamanya iklan yang jenis "pop - up" ataupun yang selalu muncul ketika menggunakan aplikasi yang di muat turun daripada Playstore,

Artikel kali ini kami ingin kongsikan aplikasi yang boleh dipasang untuk menyekat segala iklan pada Android. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah mudah berikut.

Pertama sekali apa yang perlu dilakukan ialah dengan memuat turun aplikasi DNS 66 pada pautan dibawah.

DNS66




 

Setelah siap dipasang, buka aplikasi tersebut dan masuk ke menu Host untuk mengaktifkan semua fail ad-blocking hosts yang ada kecuali fail "Malware domains.com".



 

Seterusnya klik pada butang Start, Selesai.



 

Berikut contoh hasil iklan yang disekat pada satu aplikasi yang kami cuba.



 

Sangat menarik bukan? apa tunggu lagi, selamat mencuba.