Sekarang Bukan Masa Yang Terbaik Untuk Membeli iPhone

Lebih kurang sebulan sahaja lagi model terbaru iPhone akan diperkenalkan, tapi...


Jika anda bercadang untuk membeli iPhone dalam masa terdekat ini, anda dinasihatkan supaya menangguhkan dahulu niat anda itu. Ini kerana Apple dijangka akan perkenalkan model iPhone 2019 kurang sebulan sahaja lagi.

Sudah menjadi kebiasaan, Apple akan mengadakan acara istimewa mereka dalam bulan September khusus bagi memperkenalkan iPhone serta beberapa produk terbaru mereka yang lain dalam bulan tersebut.

Tangguh membeli iPhone ketika ini pula bukanlah untuk mencadangkan kepada anda supaya mendapatkan model terbaru iPhone yang akan diperkenalkan nanti (sebelum ini sudah dibincangkan mengapa anda patut lupakan sahaja iPhone 2019), sebaliknya untuk mendapatkan lebih nilai kepada wang anda.

Apabila sesebuah model terbaru iPhone dilancarkan, sudah tentunnya model iPhone terdahulu akan diturunkan harganya oleh peruncit. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk sabar dahulu sebelum membelanjakan wang anda untuk iPhone yang ada dipasaran ketika ini.

Walaubagaimanapun, harga iPhone terdahulu selepas model iPhone 2019 diperkenalkan mungkin tidak turun begitu banyak. Ini kerana, tarif impot baru yang dikenakan oleh Presiden Trump terhadap China akan berkuat kuasa bermula 1 September ini.

Bermakna iPhone serta barangan syarikat A.S yang dihasilkan di China akan mengalami peningkatan harga. Walaubagaimanapun, penganalisis menjangkakan Apple akan menyerap kos tarif impot tersebut bagi mengelakkan harga produk-produk keluaran mereka meningkat yang sekaligus boleh menjejaskan kuasa beli pengguna.

Berkaitan