Kemas kini untuk Windows Business dihantar kepada semua pengguna.
Sebelum ini pada lewat Oktober lalu telah dilaporkan Microsoft telah tersalah hantar kemas kini Windows kepada penggunanya.
Kali ini, sekali lagi Microsoft didapati telah tersalah hantar kemas kini kepada pengguna.
Kesilapan ini juga melibatkan versi kemas kini yang sama di mana sepatutnya kemas kini tersebut hanya ditawarkan kepada pengguna Windows 10 versi perniagaan sahaja.
Sebaliknya ia telah turut diberikan kepada para pengguna semua pengguna Windows 10 termasuklah versi Windows 10 Home.
Kemas kini KB4532441 adalah bagi menambah baik ciri Windows Autopilot yang secara khusus merupakan ciri yang hanya ada pada pengguna Windows 10 versi perniagaan sahaja.
Microsoft telah menyedari kesilapan mereka ini dan segera menarik keluar kemas kini tersebut serta turut memberikan penjelasan berkaitan kesilapan ini.
"This update was available through Windows Update. However, we have removed it because it was being offered incorrectly. When an organization registers or configures a device for Windows Autopilot deployment, the device setup automatically updates Windows Autopilot to the latest version."
Sumber: Windows Latest
Berkaitan
- Google Chrome 106 Mula Ditawarkan, Pengguna Digesa Kemas Kini Segera
- Semua Pengguna Windows 7 Akan Menerima Kemas Kini Bagi Memperbetulkan Isu Tetapan Wallpaper
- Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Setuju Kelajuan Jalur Lebar Patut Minimum 100Mbps
- Penyelidik Menasihatkan Pengguna Komputer Meninggalkan Sistem Operasi Windows 7
- Windows 10 Dikhabarkan Mungkin Akan Ditawarkan Dalam Bentuk Langganan Bulanan
- Razer Memperbetulkan Kecacatan Sistem Yang Mendedahkan 100 Ribu Data Pembeli Atas Talian
- Sambar 2 Game Aksi Dan Strategi Ini Bernilai RM109 Sekarang Kerana Sedang Percuma
- Harga Sama Dengan Windows 10, Lesen Windows 11 Kini Boleh Dibeli Terus Dari Laman Rasmi Microsoft
- 4 Cara Mudah Lajukan Muat Turun Dan Muat Naik Fail Di Windows 10
- Ini Senarai 10 Pasukan Yang Layak Ke Separuh Akhir 'Samsung Malaysia Solve For Tomorrow 2023'