Connect with us

Trivia

Sejarah Bermulanya Apple Sehingga Menjadi Pengeluar Terkemuka

Anis Adrina

Ditulis

pada

Selama ini kita hanya mendengar nama dan segala kehebatan produknya yang menjadi pilihan orang ramai. Namun, tidak ramai sebenarnya yang mengetahui siapakah yang menjadi tulang belakang di sebalik nama besar seperti Apple Inc. ini.

Pasti ada dalam kalangan masyarakat yang tertanya-tanya mengenai sejarah penubuhan, bila ia bermula dan apakah produk pertama yang telah menempatkan mereka pada tahap sekarang ini.

Ibu Pejabat Apple Inc.

Setiap penghasilan produk yang diperkenalkan kepada khalayak umum dianggap eksklusif sehingga orang ramai berebut-rebut untuk menjadi yang terawal mendapatkannya. Apa yang istimewa di sebalik sebuah syarikat yang mengenakan logo sebiji epal ini? Pastinya di setiap cerita kejayaan, ada kegagalan pernah berlaku.

Apple Inc. adalah sebuah syarikat teknologi multinasional Amerika yang beribu pejabat di Cupertino, California. Menjalankan tugas untuk merancang, membangun serta menjual peralatan elektronik, perisian komputer, dan turut menawarkan perkhidmatan di dalam talian.

1976

Apple Computer Company ini mula diasaskan pada 1 April 1976, iaitu sehari sebelum Steve Jobs, Steve Wozniak, dan Ronald Wayne melancarkan komputer pertama mereka. Produk tersebut ialah Apple I, sebuah komputer yang direka bentuk dan dibina dengan tangan sepenuhnya oleh Wozniak sendiri.

Apple I yang dijual pada Julai 1976 itu dianggap sebagai sebuah papan induk yang hadir lengkap dengan CPU, RAM, dan cip teks tekstual-video pada ketika itu.

1977

Apple Computer, Inc. telah diperbadankan pada 3 Januari 1977 tanpa Wayne yang telah meninggalkan dan menjual pegangan syarikat itu kepada Jobs dan Wozniak dengan harga $800 hanya setelah dua belas hari mendirikan Apple.

Namun, dalam tempoh lima tahun pertama operasi, pendapatan meningkat dengan pesat, naik berganda setiap empat bulan. Antara September 1977 sehingga September 1980, jualan tahunan meningkat dari $775,000 hingga ke $118 juta.

Apple III

Apple II mula diperkenalkan pada April 1977, manakala Apple III pula pada bulan Mei 1980.

1980

Ibu pejabat Apple untuk bahagian Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) terletak di Cork, selatan Ireland. Kemudahan yang dibuka pada ketika itu adalah merupakan lokasi pertama Apple di luar Amerika Syarikat.

1982

Jobs segera meyakinkan bahawa semua komputer pada masa hadapan akan menggunakan antara muka pengguna grafik (GUI), dan pembangunan GUI ini bermula pada model Apple Lisa. Walau bagaimanapun, Jobs telah ditolak keluar daripada pasukan tersebut akibat berlakunya pertelingkahan.

Apple Lisa

Jobs kemudiannya mengambil alih projek komputer kos rendah Wozniak dan Raskin, iaitu Macintosh, yang didefinasikan semula sebagai sistem grafik yang lebih murah dan lebih cepat berbanding Apple Lisa. Namun, nasib malang menimpa Apple Lisa apabila ia mengalami fasa kegagalan komersial kerana harganya yang tinggi.

1984

Pengenalan Macintosh pada tahun 1984 telah berjaya mengiktiraf nama Apple atas usaha syarikat tersebut ke arah pengiklanan dan pemasaran yang berkesan untuk produknya. Apple mula muncul dalam iklan-iklan yang lebih moden dan berjaya menjadi bualan ramai.

Macintosh

1985

Jobs meletak jawatan dari Apple pada September 1985, membawa sejumlah pekerja syarikat itu bersama dengannya untuk membuka syarikat komputer sendiri, iaitu NeXT. Komputer yang kelihatan bergaya dengan warna hitamnya, namun tidak mendapat sambutan ramai.

Wozniak juga dikatakan telah berhenti bekerja secara aktif di Apple untuk meneruskan usaha lain dengan menyatakan kekecewaannya di bahagian Apple II apabila menyifatkan syarikat itu terpesong ke haluan lain sejak 5 tahun kebelakangan.

1990-1993

Apple memperlihatkan perubahan besar dalam kepimpinan mereka. Michael Spindler menjadi presiden pada tahun 1990, kemudian menjadi CEO pada tahun 1993. Dalam pada tahun yang sama juga, Sculley telah menjadi pengerusi dan kemudiannya pada bulan Oktober tahun itu, beliau meletak jawatan dan digantikan oleh Mike Markkula.

1996-1997

Spindler digantikan oleh Gil Amelio dan menjadi CEO yang baru dan Apple pula pada tahun 1997 telah membeli NeXT untuk sistem operasi berikutnya dengan membawa semula pengasas syarikat itu, Steve Jobs. Disebabkan pertelingkahan yang berlaku, Amelio meletak jawatan dan menjadikan Jobs sebagai CEO sementara.

1998

Komputer iMac

Apple mengubah strategi OS dengan memperkenalkan OS X pada bulan Mei. Kemudian, pada bulan Ogos, ia melancarkan Macintosh “all-in-one”, digelar iMac yang sangat terkenal dengan slogannya, iaitu “Hello”.

2000-2001

Jobs akhirnya menjadi CEO pada tahun 2000 dan bermula sejak itu juga timbul idea untuk memulakan penyelidikan tentang muzik. Pada 2001, syarikat itu memperkenalkan iTunes, dan iPod yang boleh dikira sebagai salah satu kejayaan besar buat Apple.

iPod generasi pertama

2002

iMac dikenali dengan bahagian belakangnya yang berwarna-warni, tetapi pada tahun 2002, Apple telah mengubah reka bentuk komputernya itu dengan memperkenalkan G4 iMac berkaca rata. Ia kelihatan seperti skrin rata yang dipasang di atas sebuah permukaan sfera.

2004

Memperkenalkan iPod mini pada tahun yang sama mereka lancarkan iTunes di Perancis, Jerman dan United Kingdom. Ia juga merupakan tahun pertama iPod diperkenalkan dengan skrin berwarna.

iPod

2006

Apple melancarkan dua komputer baru, iMac dan MacBook Pro yang menggunakan pemproses Intel.

2007

iPod adalah inovasi yang hebat, tetapi kehadiran generasi iPhone yang pertama diperkenalkan pada 29 Jun 2007 ini benar-benar membawa perubahan besar kepada syarikat. Lalu, Jobs memutuskan untuk menukar nama syarikat itu kepada Apple, Inc.

iPhone yang pertama

2008

Menghasilkan sebuah produk yang lebih kecil tidak cukup memuaskan hati Apple, jadi ia mula mencipta sesuatu yang lebih nipis. MacBook Air diperkenalkan pada bulan Januari dan dianggap sebagai komputer riba yang paling nipis pada masa itu.

2010-2011

Disebabkan komputer terlalu besar, dan telefon pintar terlalu kecil, Apple memutuskan untuk membangunkan tablet yang berfungsi hampir sempurna untuk pengguna dan semenjak 2010, iPad mula menjadi kegemaran peminat.

iPad

Disebabkan atas permintaan ramai peminat, pada Mac 2011, Apple memperkenalkan iPad 2 pula, yang mempunyai pemproses yang lebih cepat dan kamera di bahagian depan juga belakang.

Namun, ketika masyarakat sedang bergembira menerima kemunculan Hello, Siri dan iCloud pada tahun yang sama, satu berita sedih melanda pada bulan Oktober apabila Jobs meninggal dunia di usia 56 tahun setelah lama bertarung sekian lama dengan kanser.

2012

Pada 12 September, Apple memperkenalkan iPhone 5 yang direka dengan paparan 4 inci, sambungan 4G LTE, dan cip Apple A6 yang sudah dinaik taraf. Dua juta buah iPhone telah terjual dalam tempoh 24 jam.

iPhone 5

Apabila munculnya kedatangan orang baru, Apple mula mengorak langkah dengan membangunkan produk seperti iPad mini, lebih kecil, nipis dan laju.

2013

Apple menambah idea dengan julung kalinya memperkenalkan iPhone 5C, tersedia dalam warna pastel seperti hijau, biru, merah jambu, kuning dan putih.

Variasi pelbagai warna, iPhone 5C

Bersama dengan 5C, mereka juga melancarkan iPhone 5S, yang boleh didapati dalam warna emas. Inovasi sebenar di dalam 5S adalah butang rumah yang dilengkapi Sensor Touch ID yang digunakan untuk membuka kunci telefon.

2014-2016

Setelah bertahun-tahun memaparkan skrin 4 inci, Apple memutuskan untuk mengeluarkan iPhone 6 (4.7 inci) dan iPhone 6 Plus (5.5 inci). Bersama-sama dengan dua telefon baru ini, Apple juga mengeluarkan perkhidmatan pembayaran mudah alih, Apple Pay beserta dengan Apple Watch yang sangat inovatif untuk bersaing dengan Android Wear.

Kemudian, terus mencipta sejarah pada 22 Nov apabila berjaya menjual satu bilion peranti iOS sejak ia bermula dan produknya pada ketika itu adalah iPhone 6 Plus 64GB.

iPhone 6 Plus, 6 dan iPhone SE

Tidak lama kemudian, pada tahun 2015, mereka melancarkan iPhone 6S dan 6S Plus, iPad Pro dengan skrin yang lebi besar dan Apple TV terbaru.

Namun, Apple kembali dengan mencipta satu lagi produk bersaiz kecil apabila mereka mendedahkan iPhone SE kepada umum, yang pada asasnya adalah iPhone 6S dengan paparan 4 inci.

2017

Dengan kelajuan pengeluaran yang semakin rancak, Apple menghasilkan produk iPhone 8 dan 8 Plus dengan kemajuan evolusi berserta pemproses yang lebih pantas, teknologi paparan yang lebih baik, sistem kamera yang dinaik taraf dan pengecasan tanpa wayar.

Syarikat itu juga mengumumkan iPhone X, yang secara radikal mengubah perkakasan dari barisan iPhone, mengeluarkan butang rumah yang memihak kepada teknologi pengenalan muka dan memaparkan reka bentuk tanpa bezel yang hampir sama.

2018-Kini

iPhone XS, XS Max, XR

Setahun kemudian pada 12 September 2018, Apple mula menjual iPhone XS, XS Max dan iPhone XR.

Selain itu, mereka juga menambah ahli baru yang memaparkan magnetometer baru, pemproses yang lebih cepat, dan paparan yang sentiasa segar, iaitu Apple Watch Series 5.

iPhone 11 Pro, 11 dan iPhone 11 Pro Max

Namun, syarikat ini tidak mengambil masa yang lama untuk memperkenalkan karya terbaru mereka dan ia merupakan antara produk yang terbaik pernah dihasilkan, iaitu iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max. iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max mempunyai ciri kaca matte bertekstur baru dan reka bentuk keluli tahan karat, tersedia dengan tiga kamera termasuk kamera lebar, ultra lebar 12MP, dan telefoto.

 

Sumber: dailynews, populartimelines

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Continue Reading
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular