Seekor Tikus Melahirkan Anak Menggunakan Ovari Dari Pencetak 3D, Memberi Harapan Kepada Wanita Yang Menghadapi Masalah Kesuburan

Seekor tikus dengan menggunakan ovari yang dihasilkan oleh pencetak 3D telah berjaya melahirkan anaknya, mengikut kajian yang dilakukan di AS.

Saintis yang membuat penyelidikan itu berharap satu hari nanti yang kejayaan ini boleh membantu wanita-wanita di luar sana yang menghadapi masalah kesuburan mendapatkan zuriat.

Satu pasukan penyelidik dari Universiti Northwestern telah menggantikan ovari tikus terbabit dengan ovari 3D.

Walau bagaimanapun, mereka tidak membuang bahagian follicles, bahagian yang menyimpan telur yang tidak disenyawakan di dalam larutan.

Yang mengejutkan, ovari prostetik itu mampu menampung telur tadi dalam proses pesenyawaan sehingga tikus tadi melahirkan anaknya.

Mengikut pasukan penyelidikan, kunci utama kejayaan adalah menggunakan bahan organik untuk mencipta ovari itu.

Bahan tersebut mestilah tidak ditolak oleh sistem badan sebagai benda asing dan tidak terlalu lembut supaya proses pembedahan dan pemindahan berjaya dilakukan.

Malangnya, ovari prostatik ini tidak boleh digunakan untuk manusia.

Saiz Follicles ovari manusia lebih besar dari tikus dan membesar dengan cepat memaksa bentuk ovari prostetik perlu diubah.

Tambahan lagi, terdapat komplikasi lain dalam proses untuk memasang ovari prostetik tersebut dalam pembedahan sebenar.

Namun, ini merupakan langkah pertama untuk penyelidik berusaha memberikan pilihan kepada pasangan bermasalah di luar sana yang ingin menimang cahaya mata.

Sumber