Sedikit Gambaran Mod Gelap Yang Bakal Hadir Pada iOS 13

Dijangka akan diumumkan pada acara Worldwide Developers Conference (WWDC) 3 Jun hadapan, beberapa ciri baru pada iOS 13 kini sudah dikongsikan di internet.

Diungkapkan beberapa ketika bakal hadir dengan mod gelap, imej rakaman skrin melalui perkongsian 9to5mac memperlihatkan ciri tersebut bakal hadir ke dalam sistem operasi itu. Pada aplikasi muzik, latarbelakang kelihatan gelap berbeza dengan apa yang ada ketika ini.



Dikatakan juga, bagi mengaktifkan mod gelap, Apple akan menyediakan butang ciri tersebut pada Control Center atau pada bahagian tetapan utama. Kehadiran mod gelap mampu memberikan pengalaman paparan yang lebih baik kepada mata pengguna, mampu menjimatkan bateri peranti paparan OLED seperti iPhone X, iPhone XS, dan iPhone XS Max.

Perubahan yang disebut bakal hadir adalah antaramuka selepas membuat rakaman skrin (screenshot). Paparan kabur disekeliling dan simbol alat suntingan dibawah lebih menarik.



Pada iPad pula, simbol alat suntingan berada dalam ruang yang berbentuk melengkung dan kedudukannya boleh diubah-ubah kemana-mana bahagian skrin paparan. Untuk lain-lain ciri sama-sama kita nantikan pengumuman rasminya nanti.

Sumber: 9to5mac