Sedang Melancong Di Pulau Langkawi? Jom Muat Turun Aplikasi 'My Smart City'

Melancong pulau legenda dengan teknologi 5G.


Telekom Malaysia Berhad (TM) telah melancarkan aplikasi khas yang dinamakan sebagai ‘My Smart City’ bagi memudahkan pelancong mendapatkan informasi bagi sesebuah lokasi yang dilawati mereka.

Aplikasi ‘My Smart City’ yang dibangunkan itu adalah sebahagian daripada projek demo 5G (5GDP) yang sedang dijalankan di Pulau Langkawi.



Bagi mempromosikan pelancongan pintar di pulau tersebut, TM, Lembaga Pembangunan Langkawi dan Tourism Langkawi telah bekerjasama dengan menawarkan kemudahan Realiti Maya VR 8K UNESCO Global Geopark Langkawi yang disediakan TM.

Kemudahan Realiti Maya itu adalah tambahan kepada ‘Smart Retail Analytics’ yang disediakan TM bagi demonstrasi 5GPD khusus untuk pulau Langkawi sahaja buat masa ini.

Menerusi aplikasi ini juga pelancong boleh melihat lokasi-lokasi menarik yang boleh dilawati di dalam pulau legenda tersebut.

Malah aplikasi itu juga menyediakan perkhidmatan seperti perancang perjalanan, tempat letak kenderaan (hanya ditawarkan sekitar Subang Jaya dan Langkawi sahaja buat masa ini), arah kiblat, perkhidmatan dalam bandar dan butang kecemasan bagi memudahkan urusan pelancong.

Pulau Langkawi yang menjadi antara lokasi terawal perintis pembangunan 5G bakal dilawati oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 19 Januari ini yang dijadualkan akan merasmikan  projek demo 5G Malaysia.

Sumber: Berita RTM

Berkaitan