Sedang Cari Sarikata Untuk Filem Atau Drama Kegemaran? Ini 5 Laman Terbaik Yang Boleh Gunakan

Perasaan menonton filem atau drama hebat boleh bertukar menjadi kurang menarik sekiranya kita tidak faham apa yang dituturkan oleh pelakon.

Seperti contoh filem The Foreigner, Pierce Brosnan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan dialek Irish, mungkin ada yang termangu tidak faham apa yang keluar dari mulut pelakon tersebut. Itu filem dengan bahasa Inggeris, bagaimana pula dengan bahasa asing lain?

Oleh itu, penggunaan subtitle atau sarikata dapat membantu kita untuk lebih mendalami apa yang sedang ditonton. Bagi yang sedang mencari sarikata filem atau drama, berikut adalah 3 laman terbaik untuk memuat turun sarikata.

1. Subscene



Ini antara laman popular dikunjungi untuk memuat turun sarikata. Kesemua sarikata dicipta dan dimuat naik oleh pengguna laman ini sendiri.

Anda hanya perlu buat carian diruangan yang disediakan, dan antaramuka yang ringkas itu akan membawa anda kepada senarai sarikata yang tersedia.

2. DivX Subtitles



Jika anda mencari sarikata DivX, DVD, dan HDTV, laman ini sesuai dikunjungi.

3. Open Subtitles



Walaupun antaramukanya sedikit serabut, Open Subtitles popular bagi pencari sarikata kerana ia antara pengkalan data sarikata terbesar dengan penawaran berpuluh-puluh bahasa.

4. TVsubs



Mahukan sarikata bagi rancangan TV atau siri drama terbaru? Boleh kunjungi TVsubs. Muat turun sari kata akan menampilkan fail zip, jangan lupa unzip sebelum menonton.

5. Moviesubtitles



Satu lagi laman popular. Menawarkan sarikata dalam pelbagai bahasa. Jika anda mempunyai sarikata yang hendak dikongsi, boleh kongsikan dengan mudah dilaman ini.

 

Berkaitan