Secure2u Bakal Ganti SMS TAC Bagi Transaksi Atas Talian Maybank Bermula Disember

Perbankan atas talian hari ini memudahkan segala transaksi dibuat tanpa perlu beratur panjang dihadapan mesin ATM lagi. Bagaimanapun, ia terdedah dengan beberapa ancaman seperti godaman dan sebagainya.

Oleh itu, kebanyakan bank menggunakan sistem SMS TAC bagi pengesahan transaksi sekaligus memastikan pemilik akaun sendiri yang membuat transaksi berkenaan. Namun bagi Maybank, sistem pengesahan tersebut tidak lagi akan digunakan dalam beberapa masa mendatang.

https://twitter.com/MyMaybank/status/1065576925576474624

Ini kerana mereka akan menggantikan sistem SMS TAC dengan sistem Secure2u dengan dua kali penyulitan iaitu Secure Verification dan Secure TAC.

Secure TAC adalah hampir sama dengan SMS TAC, bezanya Secure TAC dijana terus melalui aplikasi mudah alih Maybank2u sambil SMS TAC akan diberikan melalui kiriman SMS. Namun, SMS TAC sebelum ini berdepan beberapa masalah seperti tiba lewat mahupun tidak tiba langsung.

Seterusnya, Secure Verification akan mengeluarkan notifikasi pada peranti pengguna bagi membolehkan mereka untuk "Terima" atau "Tolak" transaksi yang dijalankan dalam masa 30 saat.

Senarai perkhidmatan yang menggunakan Secure2U (Kredit: Maybank)


Pihak Maybank akan mula menggunakan sistem Secure2u ini pada perkhidmatan-perkhidmatan mereka secara berperingkat bermula 1 Disember nanti.

Maka, pengguna yang ingin menggunakan perkhimatan atas talian Maybank ini adalah dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi mudah alih Maybank2u di gedung Google Play Store dan Apple App Store.

 

Sumber: FAQ Secure2U