Hanya untuk pengguna di A.S sahaja buat masa ini.
Apple hari ini secara rasminya menawarkan Apple Card iaitu generasi baru kad kredit yang dihasilkan Apple untuk pengguna di Amerika Syarikat.
Apple Card ini direka dengan tujuan utama bagi membantu pengguna menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik.
Pengguna di A.S yang berkelayakan kini sudah boleh mendaftar sebagai pelanggan Apple Card menerusi aplikasi Wallet yang terdapat di dalam iPhone mereka dan terus dapat menggunakan servis tersebut serta merta.
Apple Card tidak mempunyai sebarang nombor kad, kod keselamatan CVV, tarikh luput mahupun tandatangan pemiliknya. Sekaligus menjadikan Apple Card lebih selamat dari mana-mana kad kredit yang ditawarkan sekarang.
Ia diperbuat daripada bahan titanium serta diukir atasnya nama pemilik kad dan logo Apple menggunakan sinaran laser.
Perkhidmatan Apple Card ini diusahakan bersama antara Apple dan Goldman Sachs sebagai pihak bank yang mengisukan kad tersebut kepada pelanggannya.
Selain itu, pihak Mastercard juga turut menjadi rakan kongsi yang bertindak sebagai badan sokongan bagi pembayaran rangkaian global.
Untuk info lanjut servis terbaru Apple ini, bolehlah layari laman muka Apple Card. Buat masa ini belum ada sebarang makluman bilakah servis ini akan ditawarkan di Malaysia.
Berkaitan
- Apple Tidak Membenarkan Watak Penjahat Dalam Filem Menggunakan iPhone
- Apple Watch Ditemui Masih Berfungsi Selepas Hilang 6 Bulan Di Laut
- Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru iOS V12.3.1 Bagi Pengguna iPhone, iPad Dan iPod Touch
- USB-C Pada Komputer Apple Kini Ada Ciri Kesan Kehadiran Cecair
- Alat Diagnostik Disediakan Apple Untuk Baik Pulih Kendiri Dipuji
- Apple Sahkan Acara Tahunan WWDC 2024 Akan Berlangsung Jun Ini
- Apple Menaik Taraf Barisan Model iMac Dengan Perkakasan Yang Lebih Berkuasa
- Apple Dilaporkan Melarang Pembekal Mereka Label "Made in Taiwan" Pada Produk
- Pembaikan Layan Diri Apple Diluaskan Kepada Lebih Banyak Produk
- Peminat Mac Amat Marah Dengan Apple "Pro Stand"