Sebuah Lagi Model Samsung Muncul Dilaman Pengesahan SIRIM

Galaxy M merupakan siri baru dalam keluarga besar Samsung. Dilancarkan secara rasmi dipasaran India pada penghujung Januari lalu, ia kini dilihat bakal dibawa masuk ke Malaysia.

Baca juga - Samsung Galaxy S10+ Sudah Mendapat Pengesahan SIRIM


Model yang dimaksudkan adalah Samsung Galayx M20 yang dilengkapi dengan skrin 6.3 inci dan bateri berkapasiti 5000mAh.



Galaxy M20 dijual untuk pasaran India pada hargaINR 10990 (~RM 635) untuk versi RAM 3GB/32GB sementara satu lagi versi, RAM 4GB/64GB dinilaikan pada tanda harga INR 12990 (~RM 750).

Kehadiran kelas pertengahan baru dari Samsung ini mungkin mampu memberi saingan dalam pasaran telefon pintar bawah RM1000, kebanyakkannya didominasi pengeluar China.