Sebuah Lagi Model OnePlus Nord Dengan Snapdragon 690 Serta Paparan 90Hz Akan Diperkenalkan

OnePlus tahun ini telah memperkenalkan model Nord bertujuan mewujudkan segmen mampu milik. Menurut OnePlus sebelum ini juga, Nord bukanlah satu model spesifik sebaliknya satu siri.

Kapsyen: OnePlus Nord (Gambar: T3.com)


Jadi OnePlus secara tidak langsung dijangka akan menambah beberapa lagi model Nord. Sebelum ini sudah mendapat ura-ura halus bahawa akan ada Nord dengan Snapdragon 690, yang berbeza dengan Nord sekarang yang menggunakan Snapdragon 765G.

OnePlus Nord dengan Snapdragon 690 ini dipanggil OnePlus Nord N10 5G (kod nama Billie) dan bakal menjadi telefon pintar pertama dengan cip ini jika ia dilancarkan.

Cip ini merupakan cip dengan rangkaian 5G dan merupakan cip pertama untuk siri 600 dengan ciri tersebut.

OnePlus Nord N10 5G ini juga bakal menjadi model Nord yang diperkenalkan untuk pasaran Amerika Syarikat. Ini adalah kerana model Nord yang sedia ada sekarang tidak dilancarkan di sana.

Dari segi spesifikasi, ia bakal mempunyai paparan 6.49 inci dengan paparan 90Hz Full HD+. Manakala RAM pula adalah 6GB dan storan dalaman 128GB.

Antara perkara menarik lain adakah OnePlus Nord N10 5G ini akan menjadi model OnePlus pertama yang bakal dilengkapi dengan kamera utama 64MP. Lensa tambahan lain adalah 8MP sudut lebar, dan 2 buah unit sensor dengan 2MP.

Buat masa ini pengenalan Nord N10 5G tidak dinyatakan secara spesifik, namun kemungkinan besar akan diperkenalkan selepas model OnePlus 8T menjelma.

Harga jualan dikatakan akan sedikit rendah berbanding OnePlus Nord sekarang.

Sumber: Android Central