Ini adalah insiden kedua melibatkan kemalangan servis dron penghantaran barang di negara tersebut.
Satu insiden yang melibatkan perkhidmatan dron penghantar barang telah berlaku di Switzerland apabila dron tersebut dilaporkan terhempas kurang daripada 150 kaki dari kedudukan sekumpulan kanak-kanak.
Insiden tesebut dipercayai berlaku apabila sistem ciri keselamatan dron tersebut gagal berfungsi mengaktifkan pelepasan payung terjunnya.
Walaupun insiden itu tidak melibatkan sebarang kecederaan, pihak yang menguruskan servis tersebut, Matternet dengan segera menghentikan sementara perkhidmatan mereka sehingga selesai siasatan bagi mencari punca kepada insiden yang berlaku itu.
Program penghantaran dron di Switzerland merupakan satu perkhidmatan yang diusahakan secara bersama antara Swiss Post (syarikat swasta yang bertanggungjawab menguruskan sistem pengeposan di Switzerland) dengan Matternet, iaitu syarikat yang berpangkalan di A.S.
Dron yang digunakan bagi servis penghantaran barang itu adalah seberat 10kg dan mampu membawa kargo seberat 2kg. Setakat ini, servis ini telah pun berjaya melaksanakan penghantaran kargo kepada pengguna menerusi 3,000 kali penerbangan sejak servis tersebut diperkenalkan di Switzerland pada tahun 2017.
Insiden yang berlaku baru-baru ini merupakan yang kali kedua di mana insiden kali pertamanya telah berlaku pada awal tahun ini.
https://www.youtube.com/watch?v=gGsIgNASHUU
Sumber: Tech Crunch
Berkaitan
- UTHM Bina Dron Terbesar Pertama Di Malaysia
- Intel Mengacah Rupa Kad Grafik Arc 'Alchemist' Dengan Menerbangkan 1000 Unit Dron
- Kerajaan Amerika Mengatakan Dron Dari China Mungkin Boleh Mengakses Data Pengguna
- PDRM Memberikan Sedikit Pencerahan Berkenaan Pembelian 16 Dron Berharga RM48 Juta
- Isu Keselamatan Menjadi Punca Tentera Amerika Tidak Lagi Menggunakan Dron DJI
- Polis Sepanyol Akan Menggunakan Sistem Anti Dron Pada Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara 2019
- Dron 2 Rotor Ini Mampu Terbang Selama 50 Minit
- Super Dron Dengan Teknologi Kecerdasan Buatan Bakal Diperkenalkan Di Malaysia
- DJI Mini 3, Dron Berprestasi Terbaru Pada Harga Bajet
- Global Drone Conference & Hackathon 2020 Diadakan Di Kuala Lumpur