Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
derma covid

Sebanyak RM6 Juta Didermakan Kepada Barisan Hadapan Oleh Syarikat-Syarikat Telekomunikasi

Diterbitkan November 7, 2020 oleh ariff bukhari

Syarikat-syarikat telekomunikasi utama negara iaitu Celcom, Digi, Maxis, Telekom Malaysia, TIME dotcom dan U Mobile telah menyumbangkan sebanyak RM6 juta kepada barisan hadapan dan rakyat Malaysia yang terkesan teruk akibat penularan pandemik COVID-19.

Kesepakatan itu adalah hasil daripada penganjuran kempen ‘To Malaysia With Love’, melalui Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) atau GDRN yang diterajui oleh Yayasan Hasanah, sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional Berhad dan TM.

Selain sumbangan wang tunai melalui GDRN, kebanyakan syarikat telekomunikasi turut menyalurkan bantuan khas seperti bantuan bekalan makanan kepada golongan B40 yang menetap di kawasan yang terkesan teruk akibat COVID-19 di Sabah oleh Celcom.

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) pula memperkenalkan Pakej JENDELA Belia Sabah merangkumi produk Digital Prepaid NEXT yang menawarkan akses Internet tanpa had dan panggilan kepada semua rangkaian.

Maxis pula telah memberi sokongan kepada Kerajaan dengan kerjasama KKM, dengan menyediakan perkhidmatan kesalinghubungan bagi hospital serta pihak berkuasa, dan juga berkolaborasi bersama Kerajaan Negeri untuk memberikan sokongan komunikasi terutamanya kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

U Mobile pula telah menjalinkan kerjasama dengan Huawei untuk menaja sebanyak 60 peranti mudah alih lengkap dengan pelan pascabayar GX68 untuk tempoh selama setahun, yang akan dimanfaatkan oleh para guru dan pelajar yang memerlukan di kawasan pedalaman di Penampang, Ulu Papar dan Tamparuli.

Sementara TM pula menyediakan sambungan perkhidmatan jalur lebar 100Mbps di Hospital Medan ATM Tawau dan 800Mbps di pusat kuarantin dan PPR Bubul Ria, Semporna.

Manakala, dana yang disumbangkan kepada GDRN oleh TIME dotCom digunakan untuk membeli bekalan perubatan, kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan ventilator.

Sumbangan-sumbangan ini sekaligus mencerminkan keprihatinan pihak industri telekomunikasi terhadap kesusahan yang dihadapi oleh barisan hadapan dan rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan kesusahan yang dihadapi oleh mereka dalam detik-detik sukar ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY