Sebanyak 75 Permainan Sudah Ditawarkan Di Apple Arcade Setakat Ini

Permainan Pac-Man adalah antara yang terbaru ditawarkan.


Daripada semakan yang dibuat di App Store Apple Arcade, platfom servis permainan terbaru dari Apple, sebanyak 75 tajuk permainan telah ditawarkan setakat 18 Oktober 2019.

Kapsyen: 3 Permainan terbaru ditawarkan pada 18 Oktober lalu iaitu, Manifold Garden Pac-Man Party Royale dan Things That Go Bump.


Ia merupakan penambahan sebanyak 39 permainan dalam pelbagai kategori di mana kali terakhir semakan dibuat iaitu pada 5 Oktober lalu, hanya sebanyak 36 permainan sahaja ditawarkan.

Apple menjanjikan hampir setiap hari akan terdapat permainan terbaru akan ditawarkan pada pelanggan Apple Arcade.

Apple Arcade boleh diakses oleh semua pengguna peranti Apple termasuklah iPhone, iPod touch, Apple TV dan iPad yang menggunakan iOS, tvOS dan iPadOS versi 13.

Manakala bagi pengguna Mac pula, hanya pengguna macOS Catalina 10.15 atau terbaru sahaja yang boleh mencuba dan mengakses Apple Arcade.

Pengguna boleh mengakses Apple Arcade secara percuma selama sebulan atau  menamatkan langganan pada bila-bila masa dalam tempoh tersebut tanpa dikenakan bayaran.

Tetapi sekiranya anda tidak menamatkan langganan tersebut (ringkasnya anda terlupa untuk menamatkan langganan), servis langganan akan berjalan secara automatik dan kos akan dikenakan.

Kos langganan Apple Arcade adalah sebanyak RM19.90/bulan tanpa komitmen yang membolehkan pengguna menamatkan langganan tersebut pada bila-bila masa.

Pengguna yang melanggan Apple Arcade akan dapat mengakses kesemua permaian yang ditawarkan di dalamnya.