Sempena Hari Aids Sedunia pada 1 Disember baru-baru ini, CEO Apple, Tim Cook telah memuatnaik kicauan di Twitter mengatakan Apple telah menderma sebanyak 220 juta USD kepada (RED).
Untuk makluman, (RED) merupakan organisasi yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran dan juga dana untuk melawan penyakit HIV/AIDS di negara Afrika. Mereka bekerjasama dengan jenama popular antaranya Apple yang membolehkan secebis wang yang dikeluarkan untuk membeli jenama Apple akan disalurkan kepada mangsa-mangsa AIDS tersebut.
This #WorldAIDSDay we mark our 13th year partnering with @RED to fight AIDS in Africa. Since 2006, our customers have helped us raise $220M. AIDS-related deaths have fallen by more than half since 2004. Together we can achieve an AIDS-free generation. https://t.co/h4wnIDGAmq
— Tim Cook (@tim_cook) December 1, 2019
Tahun lepas, Apple telah mendermakan sejumlah 200 juta USD sepanjang kerjasama dengan (RED) sejak dari 2006. Tahun ini jumlah itu meningkat kepada 220 juta USD menjadikan Apple penyumbang terbesar untuk (RED).
Menurut Apple, dengan dana yang disalurkan melalui setiap pembelian (PRODUCT) RED, ia semakin dekat untuk menamatkan penyakit AIDS di sana.
Tim Cook menambah. kematian melibatkan AIDS telah berkurang sejak dari 2004, yang menandakan impak yang telah (RED) lakukan.