Kapal pelayaran itu tersekat di Jepun sejak awal Februari lalu berikutan penularan wabak Covid-19 dikalangan penumpangnya.

Sebuah kapal persiaran bernama Diamond Princess yang dilarang berlabuh keluar dari pelabuhan Yokohama, Jepun telah menerima sebanyak 2000 unit iPhone dari Kementerian Kesihatan, Buruh Dan Kebajikan Jepun.

Tujuan unit iPhone itu diedarkan kepada para penumpang yang berada di atas kapal itu bukanlah pula untuk digunakan sebagai alat hiburan penumpang seperti memainkan Apple Arcade.

Sebaliknya peranti iOS itu digunakan khusus untuk membolehkan penumpang kapal yang dikuarantin itu mengakses aplikasi khas kementerian kesihatan Jepun yang ada dipasang dalam peranti tersebut.

Ia adalah bagi memudahkan pihak kesihatan Jepun berinteraksi dengan penumpang yang berada di atas kapal tersebut.

IKLAN

The Japanese Ministry of Health, Labor and Welfare has confirmed the case of coronavirus at the Diamond Princess cruise ship, now isolated onboard the sea. We will provide approximately 2000 unit of iPhone operated by Softbank, and there will be one unit of phone per cabin in every passengers cabins and crew rooms.

Access the special app by The Japanese Ministry of Health, Labor and Welfare to ask by chat about medication or any other things that may concern you.T he app will book a consultation session with a medical doctor.”

IKLAN

Kapal persiaran itu yang membawa seramai 3,711 penumpang telah dikuarantin selepas seorang daripada bekas penumpang kapal itu disahkan dijangkiti Covid-19 pada awal Februari lalu.

Selepas daripada itu, beberapa penumpang lain juga telah dikesan turut dijangkiti Covid-19. Setakat ini, media melaporkan seramai 174 orang penumpang kapal persiaran itu telah disahkan positif Covid-19.

Sehingga kini, kesemua penumpang kapal persiaran itu dilarang keluar dari kapal tersebut dan Jepun telah merekodkan 1 kematian akibat Covid-19.

Sumber: iMore