Sebanyak 1500 Akaun Palsu Di Media Sosial Akan Diambil Tindakan- MCMC

Sebanyak 1,500 akaun palsu di setiap platform media sosial akan diambil tindakan sejak Januari hingga Jun tahun ini, menurut satu kenyataan dari Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Menurut beliau, SKMM telah menerima aduan dari pengguna awam terutamanya di laman sosial gergasi Facebook, Twitter dan Instagram tentang penyebaran berita palsu.

"Ia termasuk maklumat palsu mengenai isu politik melibatkan ahli politik di negara ini," Kata beliau selepas perwakilan Umno Bahagian Bera hari ini. Beliau turut berkata tindakan pemadaman dan siasatan lanjut akan dikenakan bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang termasulkah pendakwaan.

Beliau turut meminta pengguna dapat menjalankan tugas mereka dengan menggunakan fungsi 'report' agar akaun palsu berkenaan ditutup dengan segera.

"Mana-mana portal atau kandungan web yang boleh dikategorikan sebagai media dalam talian perlu didaftar untuk membolehkan ia dipantau dan diambil tindakan jika melaporkan berita yang berunsur fitnah atau palsu," katanya.

Sumber: The Star