Sebanyak 11 Negara Meminta Apple Membuang Sejumlah 634 Aplikasi Dari App Store

Permintaan tertinggi bagi membuang aplikasi dari App Store adalah dari kerajaan China.


Dalam laporan ketelusan Apple terbaru yang diterbitkan baru-baru ini, Apple memperincikan di mana mereka telah menerima sebanyak 80 permintaan daripada 11 buah negara bagi membuang aplikasi dari App Store dengan jumlah keseluruhan sebanyak 634 aplikasi dari 1 Julai hingga 31 Disember 2018.

Dari jumlah tersebut, permintaan dari negara China adalah yang terbanyak iaitu sebanyak 56 permintaan terhadap 626 aplikasi dengan 517 darinya telah pun dibuang dari App Store.

Kebanyakkan aplikasi itu pula adalah berkaitan dengan perjudian dan pornografi.

Manakala permintaan dari negara-negara lain pula bagi membuang aplikasi yang terdapat di dalam App Store negara mereka adalah kerana aplikasi-aplikasi tersebut didapati telah melanggar undang-undang privasi negara tersebut, perlanggaran hakcipta dan kandungan yang menyalahi undang-undang.

Kapsyen: Permintaan membuang aplikasi dari App Store dari kerajaan di seluruh dunia antara 1 Julai 2018 hingga 31 Disember 2018. Sumber: Apple


Laporan ketelusan Apple itu juga memperincikan bagaimana kerapnya sesebuah kerajaan mahupun pihak persendirian memohon data pelanggan mereka.