Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anda Boleh Ikuti Perkembangan Belanjawan 2019 Langsung Dari WhatsApp

Sebahagian Sektor Pekerjaan Di Malaysia Berdepan Kepupusan

Diterbitkan April 22, 2021 oleh ariff bukhari

Kecanggihan teknologi memudahkan pelbagai urusan manusia. Kerana perkembangan teknologi yang pesat itu jugalah mungkin akan memberikan kesan yang buruk kepada sebahagian dari kita.

Sebagai contoh, menurut Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia, Achim Schmillen, perkembangan kecanggihan teknologi akan menyebabkan berlakunya perubahan dalam sektor pekerjaan.

Ini kerana, era digital dan automasi akan menjadi elemen penting dalam pekerjaan. Secara tidak langsung menyebabkan sebahagian sektor pekerjaan di Malaysia yang dijalankan oleh manusia ketika ini bakal pupus satu hari ini.

Berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh Bank Dunia, mereka mendapati sektor tenaga kerja berisiko tinggi memberikan gambaran bahawa ia mungkin akan digantikan dengan automasi dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Malah mereka juga mendakwa sudah terdapat teknologi yang terbukti mampu menggantikan pekerjaan yang dilakukan manusia ketika ini.

Bank Dunia menyenaraikan, antara pekerjaan yang berisiko tinggi untuk beralih kepada automasi sepenuhnya adalah seperti akauntan, operator mesin dan perkilangan, juruteknik kejuruteraan elektronik, juruteknik penerbangan dan juruteknik kejuruteraan elektrik.

Walaubagaimanapun, disebabkan oleh kos peralihan ke arah teknologi adalah sangat tinggi maka perlaihan itu tidak akan berlaku dalam masa yang singkat dan mereka tidak menjangkakan kesemua teknologi yang ada itu akan digunakan secara menyeluruh ke atas semua sektor pekerjaan di Malaysia.

Malah Achim Schmillen berpendapat, modal insan masih menjadi elemen penting dalam sektor pekerjaan di Malaysia.

Tambahnya, kualiti pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pengekalan pekerjaan untuk generasi akan datang.

Sumber: BHarian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY