Pengguna iPhone Sudah Boleh Mengaktifkan Tema Gelap Aplikasi Facebook 

Sebahagian pengguna peranti iOS dapat dulu.


Facebook dilaporkan sudah mula menawarkan tetapan pilihan tema gelap untuk aplikasi mereka kepada para pengguna peranti pintar.

Walaubagaimanapun, hanya sebahagian kecil pengguna sahaja yang mula menerima tetapan tema gelap aplikasi Facebook pada peranti mereka.

Malah hanya pengguna peranti iPhone dan iPad sahaja yang mula menerima ciri baru tersebut.

Beberapa pengguna telah berkongsikan tangkap layar ciri tema gelap aplikasi tersebut di peranti iOS mereka.

https://twitter.com/MattNavarra/status/1276456724543803393?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1276456724543803393&ref_url=https%3A%2F%2F9to5mac.com%2F2020%2F06%2F27%2Ffacebook-dark-mode-ios%2F

Dari pihak Facebook sendiri pula, mereka turut mengesahkan tentang penawaran untuk kelompok kecil pengguna iOS itu. Melihat kepada ciri tersebut, ia tidak menggunakan warna hitam seperti mod gelap pada Messenger dan Instagram sebaliknya berwarna kelabu dengan tulisan dan logo putih.

Facebook telah pun mula menawarkan tetapan tema gelap di pelayar lebih awal kepada pengguna. Tetapan tema gelap di peranti pintar pula adalah antara ciri baru aplikasi Facebook yang amat ditunggu-tunggu pengguna pada tahun ini.

Sumber: Social Media Today

Berkaitan