Dijangka akan dilepaskan kepada semua pengguna dalam bulan Mac nanti.
Sebahagian pengguna Facebook dilaporkan sudah dapat mengaktifkan tetapan tema gelap pada antaramuka Facebook menerusi aplikasi pelayar komputer.
Ia merupakan antara ciri utama yang amat dinantikan oleh pengguna Facebook di seluruh dunia.
Tema gelap Facebook pertama kali diperkenalkan adalah pada April tahun lalu di mana ia dikenali sebagai FB5.
Selain tema gelap, Facebook juga akan berwajah baru serta beberapa ciri baru yang akan diperkenalkan seperti rekaan tab grup yang lebih mudah dicapai dan ciri khusus bagi menyokong sesebuah komuniti.
Buat masa ini, hanya sebahagian kecil pengguna sahaja yang berpeluang menggunakan versi FB5 lebih awal.
Pengguna awal juga boleh memberikan maklum balas kepada pihak Facebook untuk cadangan penambahbaikan atau sebarang isu yang dihadapi mereka ketika menggunakan versi FB5.
Laman Cnet mengesahkan bahawa Facebook FB5 akan mula hadir (bagi versi komputer sahaja) kepada semua pengguna dalam bulan Mac ini.
Tetapi jika anda tidak sabar, anda boleh memasang extension Dark Reader pada pelayar Safari, Chrome dan Firefox bagi mengaktifkan tema gelap pada Facebook.
Berkaitan
- Meta Perkenal 2 Pilihan Tetapan Baru Untuk Facebook 'Feed'
- Pendaftaran Messenger Kini Wajib Memerlukan Akaun Facebook
- Microsoft Mereka Bentuk Semula Ikon-Ikon Untuk Aplikasi Dan Utiliti Windows Dengan Rekaan Yang Lebih Moden
- Malaysia Airlines Mengesahkan Larangan Terhadap Model Macbook Pro 15 Inci Keluaran September 2015 dan Februari 2017
- Acer Lancar 4 Model Chromebook Terbaru Khusus Untuk Pelajar Dan Pendidik
- Lelaki Ini Miliki Lebih Daripada 2000 Unit Telefon Mudah Alih Pelbagai Model
- Model Honda Accord Terdahulu Dinaik Taraf, Sokong Ciri Wayarles Apple CarPlay Dan Android Auto
- (Dikemas Kini) Nikon Dilapor Tidak Lagi Akan Keluarkan Model Kamera SLR
- Barisan Model Terbaru Komputer Riba Huawei Akan Tiba April Ini
- Apple Mungkin Akan Perkenalkan Model Apple Watch Seramik Dan Titanium