Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
celcom banjir

Sebahagian Pengguna Celcom Di Kuala Lumpur Berdepan Isu Rangkaian Ekoran Banjir

Diterbitkan Mac 8, 2022 ยท Dikemas kini Mac 8, 2022 oleh ariff bukhari

Penyedia perkhidmatan rangkaian komunikasi Celcom memaklumkan, sebahagian pelanggan mereka yang berada di Kuala Lumpur berdepan gangguan rangkaian.

Ia berikutan insiden banjir yang berlaku melibatkan beberapa kawasan di dalam Kuala Lumpur.

Kawasan yang terjejas itu termasuklah Jalan Sungai Besi, Salak South New Village, Jalan Changkat Thambi Dollah, Menara Perak, Jalan Nyaman 10, Taman OUG, Bangunan Bintang, UTM Jalan Semarak, The Lion Group KL, Lot 10, Plaza Imbi, Kenanga International, Ansa Hotel dan Jalan Imbi.

Perkhidmatan yang terjejas pula adalah mesej SMS, panggilan suara dan perkhidmatan data.

Celcom memaklumkan, para jurutera rangkaian mereka sedang bertungkus lumus memulihkan rangkaian supaya perkhidmatan kembali pulih secepat mungkin.

Sumber: Celcom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY