Sebahagian Pengguna Celcom Akan Alami Gangguan Rangkaian Dari 1 hingga 4 Jun Nanti

Nampaknya, sejak beberapa hari ini, Celcom sedang giat menjalankan aktiviti penyenggaraan pada rangkaian mereka.

Sebelum ini pada 28 dan 29 Mei lalu, Celcom telah memaklumkan mereka melakukan aktiviti penyenggaraan di sebahagian besar kawasan di seluruh negara.

Seterusnya pada awal pagi hari ini (31 Mei 2021), mereka meneruskan penyenggaraan rangkaian di beberapa kawasan di negeri Sabah, Sarawak dan Selangor.

Untuk hari ini juga sekali lagi Celcom memaklumkan bahawa mereka masih meneruskan aktiviti penyenggaraan secara berperingkat di beberapa lokasi bermula dari 1 Jun hingga 4 Jun nanti.

Berikut adalah lokasi yang terlibat dengan aktiviti penyelengaraan rangkaian Celcom serta masa ia bermula dan tamat:-
1 June 2021

1:30am - 2:30am: Sabah - Kota Kinabalu Metro

2:00am - 3:00am: Sabah - Sook, Keningau, Tambunan, Tenom, Tuaran, Kota Marudu, Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu, Papar, Lawas, Penampang. Merotai, Kalabakan, Beluran, Ranau, Tangod
2 June 2021

1:00am - 2:00am: Sabah - Kuala Penyu, Pitas, Kudat, Kota Marudu, Tuaran, Tanjung Aru, Kepayan, Telipok, Kota Kinabalu Metro, Kingfisher, Penampang, Damai, Inanam, Papar, Putatan, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Lahad Datu, Kota Belud, WP Labuan

1:00am - 2:00am: Sarawak - Selangau, Sarikei, Mukah, Saratok, Betong, Sibu, Dalat, Daro, Matu, Kanowit, Meradong, Bintangor, Kapit, Song, Pakan, Julau

2:00am - 3:00am: Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia
3 June 2021

12:00am - 6:00am: Beberapa kawasan di seluruh negara
4 June 2021

2:00am - 3:00am: Johor - Tenggaroh

Jadi kepada pengguna Celcom, anda mungkin akan alami gangguan rangkaian ketika aktiviti penyenggaraan rangkaian sedang dijalankan.

Selepas selesai penyenggaraan dijalankan, Celcom menasihatkan para pelanggannya untuk On dan Off mod pesawat (flight mode) peranti mereka jika mereka berdepan gangguan rangkaian selepas penyelenggaraan selesai.

Tetapi jika itu tidak membantu, mereka boleh menghidupkan semula (restart) telefon pintar mereka untuk segarkan kembali sambungan rangkaian Celcom di peranti mereka selepas penyelenggaraan tamat.

Sumber: Celcom