Jam tangan G-Shock keluaran Casio adalah antara jam yang terawal yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Bervisikan "creating a watch that never breaks", reka bentuk jam ini mempunyai toleransi tinggi terhadap kejutan elektrik, air, graviti, getaran, dan suhu yang rendah. Disebabkan kelebihan-kelebihan ini, G-Shock digelar "the toughest watches of all time".
Siapakah pereka jam G-Shock?
G-Shock yang bermaksud Gravitational Shock, adalah koleksi jam tangan dari syarikat elektronik dari Jepun, Casio. Jam berdaya ketahanan tinggi ini dikilangkan di Yamagata Prefecture, Tōhoku, Jepun Utara dan direka oleh Kikuo Ibe. Casio melancarkan jam tangan pertama siri ini, DW-5000C, pada tahun 1983.
Berikut adalah sebab-sebab anda perlu memiliki jam tangan G-Shock:
1. Daya Ketahanan Yang Tinggi
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=I2OjmWpN_Xg[/embed]
Menurut buku rekod Guinness, jam tangan G-shock adalah jam yang paling tahan di dunia yang pernah dihasilkan. Dalam satu ujian Guinness, model paling murah G-Shock DW-5600 selamat dan masih berfungsi selepas dilalukan sebuah trak seberat 24.97 tan ke atasnya. Seperti tiada apa yang berlaku.
Rekaan yang paling murah pun sudah sekuat itu apatah lagi model-model yang lain, bukan? Lebih-lebih lagi G-Shock adalah jam tangan yang tahan lasak dan dipercayai boleh berfungsi dengan baik secara konsisten.
2. Kalis Air
Selain tahan kejutan, setiap model G-Shock juga kalis air hingga kedalaman 200 meter/660 kaki/20 bar. Disebabkan itu, jam tangan G-Shock menjadi pilihan ramai guru selam sebagai ganti kepada komputer selam mereka.
3. Harga Mampu Milik
Biasanya bagi kebanyakan jam tangan di luar sana, anda akan mendapat apa yang anda bayar tetapi G-Shock adalah sebaliknya. Dengan G-Shock, anda boleh mendapatkan jam tangan berkualiti tinggi pada harga serendah US$40 (~RM170) sahaja. Sebilangan besar orang mengatakan bahawa walaupun sudah mencapai 2-10 tahun, jam tangan G-Shock mereka masih elok berfungsi tanpa sebarang servis, menjadikannya pembelian yang sangat berbaloi.
4. Pilihan Model Dan Gaya Yang Pelbagai
G-Shock terdapat dalam pelbagai bentuk dan tidak ada jenama jam tangan lain yang mempunyai pelbagai gaya dan warna seperti G-Shock. Anda boleh mendapatkan G-Shock untuk disesuaikan dengan gaya pakaian apa pun.
5. Berteknologi Tinggi
Benar, mungkin jam tangan jenama Apple sudah cukup canggih tetapi ia tidak akan selamat jika terjatuh dari ketinggian 2 kaki serta baterinya tidak akan tahan lama seperti bateri G-Shock. Jam tangan G-Shock sangat sesuai digunakan untuk aktiviti outdoor kerana direka dengan:
- Bateri bertenaga solar
- Jam atom (secara automatik, jam akan menyesuaikan waktu setiap hari pada 00:00 melalui isyarat radio)
- Kompas
- Termometer
- Altimeter
- Penggera getaran
- Lampu latar bebas tangan
Reka bentuk jam tangan G-Shock yang tidak jauh lebih besar daripada model biasa pula menjadikannya mudah dipakai.
6. Gaya Kejantanan
Jika dilihat pada reka bentuk G-Shock sahaja, ada satu perkara yang tidak dapat anda bantah iaitu G-Shock adalah salah satu jam tangan jika dipakai memang tertampak gaya kejantanannya. Pastinya tidak boleh berkata yang sama mengenai jam tangan lain seperti Rolex ataupun Seiko yang berasaskan perak.
7. Tiada Tandingan
Selain G-Shock, terdapat jam tangan Luminox, Timex, dan juga tiruan dari China yang dinamakan S-Shock. Dari 3 ini, hanya Timex yang paling hampir dengan G-Shock pada fungsi asas, tetapi mereka tidak mengeluarkan jam tangan canggih bertenaga solar dan lain-lain.
8. Hampir Tiada Kelemahan
Secara teknikal, G-Shock benar-benar tidak mempunyai kelemahan untuk dibincangkan. Seseorang mungkin akan mengatakan skrin negatif sukar dibaca atau jam terlalu tebal tetapi dengan semua model yang ada, anda dijamin akan menemui sesuatu yang sesuai dengan citarasa dan keperluan anda.
Aduan yang sering didengar mengenai G-Shock adalah berkenaan penampilannya yang "funky" dan reka bentuk menggunakan plastik. Namun G-Shock plastik inilah sebenarnya tahan lebih lama daripada kebanyakan jam tangan keluli yang lain.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, koleksi jam tangan G-Shock adalah salah satu yang paling popular dan dibuat dengan baik di dunia. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan jam tangan G-Shock, anda boleh layari G-Shock.com.
Sumber: Survivalmag
Berkaitan
- Disebabkan Serangan Siber, Toyota Tutup Kilang Di Jepun Hari Ini
- Google Kini Uji Pantau Kesihatan Menggunakan Telefon Pintar Sahaja
- Nike SB Dunk Low Civilist, Kasut Yang Berubah Warna Mengikut Suhu
- Kuo: iPhone 15 Pro Max Akan Terima Lensa Periskop Dengan 6x Pembesaran
- Perrier x Murakami - Botol Air Edisi Terhad Dengan Sentuhan Takashi Murakami
- Skechers Friendship Walk 2020 Diadakan Secara Maya Hingga 6 September
- 'Proton Saga Anniversary Edition' Dilancarkan Hari Ini Sempena Ulang Tahun Yang Ke-35
- Filem "Geran" Memenangi Anugerah Di Festival Filem Asia New York 2020
- 'Stranger Things 4' Menjadi Siri Kedua Melepasi 1 Bilion Jam Tontonan
- LinkedIn Sekali Lagi Paling Banyak Ditiru Untuk "Phishing"