Ikuti kami di media sosial

Trivia

Ini Sebab Kenapa Anda Perlukan Kamera 108MP

Haikel Areff

Ditulis

pada

Tahun 2019 arena telefon pintar digemparkan dengan pengenalan Xiaomi Mi Note 10 dengan kamera 108MP, paling besar dalam sejarah setakat ini.

Sensor Yang Besar Tidak Menjamin Kebahagian

Ya, hasil gambar dari telefon pintar bukan hanya terletak pada berapa besar saiz sensor yang digunapakai. Banyak faktor lain yang perlu diambil kira untuk menghasilkan gambar yang baik seperti pemprosesan imej, ketepatan warna, kualiti lensa, julat dinamik dan skill pengguna itu sendiri.

Akan tetapi tidak dapat disangkal dengan bilangan 108 juta piksel yang terdapat pada Xiaomi Mi Note 10 ini sedikit sebanyak membantu untuk mendapatkan hasil gambar yang terbaik dari ladang.

108MP, Gambar Setajam Pisau

Pertama sekali, kamera 108MP memberikan lebih banyak penawaran bilangan piksel. Seperti yang anda tahu, sesebuah gambar itu terhasil daripada kombinasi jutaan piksel. Lebih banyak bilangan piksel, lebih tajam gambar yang dihasilkan.

Secara default, gambar yang diambil dalam mode auto adalah 27MP, menghasilkan gambar yang lebih terang terutamanya pada waktu malam.

Kiri mode 27MP, kanan mode 108MP

Melalui kaedah Pixel Binning yang menggabungkan 4 piksel menjadi satu blok piksel yang lebih besar supaya lebih banyak kemasukan dan penerimaan cahaya. (108MP/4 = 27MP)v

Melalui gambar di atas, kita dapat lihat gambar dalam mode 27MP menghasilkan gambar yang lebih cerah dengan pixel binning manakala mode 108MP menghasilkan gambar yang lebih gelap.

Seperti gambar yang anda dapat lihat diatas, tekstur dan ketelitian pada tiang dan dinding hijau adalah lebih jelas pada mode 108MP manakala dalam mode 27MP kelihatan hilang perincian selepas di-crop.

Jadi anda mempunyai dua pilihan, jika ketajaman imej yang anda mahukan, guna mode 108MP. Jika anda mahukan gambar yang lebih cerah, guna auto mode (27MP).

Saiz Sensor Besar, Saiz Gambar Pun Besar

Melalui sensor 108MP, ia menghasilkan gambar dengan resolusi sebesar 12032 x 9042 piksel! Dengan resolusi sebesar ini, gambar yang dihasilkan oleh Mi Note 10 boleh dijadikan poster iklan di tepi lebih raya terus dari kamera.

Gambar yang diambil boleh dicetak untuk menghasilkan poster setinggi 4.2 meter, berbanding 3.24 meter pada Redmi Note 8 Pro dengan 64MP sebelum ini.

Maka dengan itu, saya terfikir satu trik fotografi dengan kamera sebesar 108MP ini. Bayangkan jika anda tidak tahu untuk ‘compose shot’ dalam situasi tertentu, anda boleh sahaja ambil gambar tanpa pikir panjang dan balik kerumah untuk ‘crop’ mengikut komposisi yang diinginkan tanpa perlu risau tentang kehilangan perincian.

Banyak lagi situasi dimana kamera 108MP ini dapat diambil kesempatan jika anda pengguna yang bijak.

Tetapan Kamera Mi Note 10, Penggunaan Yang Versatil

Selain daripada keghairahan terhadap kamera 108MP, ramai yang lupa tentang hidangan tetapan kamera penta. Ia turut hadir dengan kamera telefoto 5MP dengan keupayaan zoom sehingga 50X hibrid bersama sokongan penstabilan imej optikal.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Kemudian kamera telefoto kedua 12MP untuk pengambaran potret dan kamera sudut lebar 20MP manakala kamera makro 2MP pula ditambah untuk pencukup rasa.

Mode Potret

Gambar sudut luas

Gambar dalam mode mikro

Gambar pada waktu malam

Melalui 5 kamera dengan pelbagai jarak fokal dan fungsi, tidak terkejut apabila Mi Note 10 mula menjadi sebutan tentang kehebatan kameranya.

Sebagai penggulungan, Xiaomi Mi Note 10 hadir dengan binaan kaca Corning Gorilla Glass 5 bersama skrin melengkung 6.47inci AMOLED yang pastinya membuatkan air liur anda meleleh apabila menonton.

Di dalam ia dibina dengan cip pemprosesan Snapdragon 730G dengan pilihan storan 128GB/RAM 6GB atau 256GB/RAM 8GB bersama bateri sebesar gajah, 5260mAh.

Turut di sertakan dengan beberapa fungsi penting seperti NFC, 3.5mm bicu audio, pengimbasan jari dalam skrin, pengecasan pantas 30W. Xiaomi Mi Note 10 (RAM6GB/128GB) dan Mi Note 10 Pro (RAM128GB/256GB) dijual pada
harga RM2099 serta RM2499

Pembelian boleh dibuat melalui kedai atas talian Lazada serta Shopee untuk Mi Note 10. Manakala untuk Mi Note 10 Pro, peranti boleh dibeli melalui Lazada dan Shopee.

Untuk maklumat lanjut mengenai peranti ini, anda boleh layari laman rasmi Xiaomi Malaysia melalui pautan ini.

Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Tips Gajet

Perlukah Mengecas Bateri Peranti Pintar Sehingga 8 Jam Selepas Membelinya?

Avatar

Ditulis

pada

Bukan sahaja pembaca Wiser.my, malah ramai juga dalam kalangan rakan dan ahli keluarga yang turut mengajukan soalan yang sama. Penjagaan bateri dalam penggunaan gajet terutamanya peranti pintar kebiasaannya sangat dititik beratkan dalam kalangan pengguna. Ini adalah kerana ramai yang mahu memastikan peranti pintar yang dijaga mahu mencapai tempoh yang lama sebelum membeli model yang baharu.

Jawapan

Dengan itu, soalan yang biasa ditanya, “selepas membeli gajet, perlukah mengecasnya sehingga 8 jam lamanya untuk cas kali pertama?”. Untuk jawapan singkatnya TIDAK. Namun, jika anda mahukan penjelasan di sebaliknya, mungkin anda mahu membaca artikel ini sehingga habis.

Dakwaan mengecas peralatan gajet sehingga 8 jam lamanya ini adalah betul pada satu masa dahulu. Iaitu ketika bateri masih lagi menggunakan teknologi Nikel Kadmium (NiCad/NiCd). Sebagai perbandingan, bateri peranti pintar yang digunakan pada masa sekarang adalah Lithium-Ion (Li-On). Dahulu, bateri yang menggunakan teknologi NiCad tidak mempunyai cara untuk mengenal pasti sama ada bateri tersebut telah penuh atau tidak.

Bateri dengan label Ni-Cd yang merujuk kepada Nikel Kadmium.

Jadi disebabkan itu, ia dicas berjam-jam lamanya 8 malah hingga ke 12 jam untuk memastikan ia sentiasa penuh. Namun bukan itu sahaja. terdapat faktor lain mengapa ia dicas sebegitu lamanya.

Bateri yang menggunakan teknologi Nickel mempunyai masalah kesan memori. Ini bermakna bateri akan beroperasi berdasarkan jangka masa ia dicas dan dinyahcas. Sebagai contoh, jika bateri Nickel mula dicas pada tahap 40% dan dinyahcas ketika 89%, bateri akan beroperasi pada tempoh yang hanya singkat sahaja.

Hanya dengan pengecasan penuh sahaja boleh menyingkirkan masalah kesan memori ini.

Untuk mengelakkan masalah ini, bateri Nickel terpaksa dicas selama berjam-berjam untuk memastikan ia penuh sepanjang masa sebelum digunakan.

Selain itu, bateri Nickel juga mempunyai tahap nyahcas yang teruk iaitu sebanyak 10% sebulan berbanding 1-2% pada bateri Li-Ion. Ini membuatkan dalam jangka masa Panjang, kapasiti bateri akan merosot jauh menyebabkan penggunaan hayat bateri yang sangat singkat.

Tambahan lagi, bateri Li-Ion lebih nipis untuk dihasilkan berbanding dengan bateri Nickel.

Image result for li ion battery smartphone

Bateri Lithium Ion yang digunakan dalam peranti pintar masa kini.

Rumusan

Betul. Bateri perlu dicas sehingga 8 jam lamanya. Namun itu hanya ketika penggunaan bateri yang berasaskan Nickel. Disebabkan kesemua bateri peranti pintar sudah menggunakan teknologi yang berasaskan Lithium, ia tidak lagi beroperasi sepertimana teknologi Nickel lama.

Untuk masa sekarang, apa yang anda perlu tahu adalah bateri anda hanya perlu dicas jika ia tidak lagi penuh. Itu sahaja.

 

Teruskan Bacaan

Berita

Ini Merupakan Saiz MB Setiap Minit Rakaman Video 8K Samsung Galaxy S20

Avatar

Ditulis

pada

Galaxy S20, Galaxy S20+ dan S20 Ultra menyokong fungsi rakaman sehingga 8K. Saiz resolusi ini sangat besar sehinggakan pengguna boleh mengeluarkan gambar 33MP dari video itu.

Dengan saiz ini, ia menimbulkan pertanyaan kepada kebanyakan pengguna. Berapa banyakkah storan yang diambil oleh video rakaman 8K ini setiap minit?

Menurut Samsung, satu minit video 8K pada Galaxy S20 akan mengambil ruang storan sekitar 600MB. Dibandingkan dengan Galaxy S10+ yang merakam pada resolusi 4K, ia mengambil ruang 340 ke 350 MB.

Walau pun video 8K mempunyai 4 kali ganda bilangan pixel berbanding 4k, ruang yang digunakan hanyalah 600MB setiap minit sahaja. Dengan rakaman video 8K, peranti memerlukan kuasa pemprosesan yang banyak, jadi sebab itulah Samsung hanya mengehadkan rakaman 8K maksimum 5 minit sahaja.

Pada Galaxy S20, rakaman 8K adalah maksimum 30 fps, dan tidak mampu lagi mencapai 8K 60fps. Ini merupakan limitasi kuasa cip pemprosesan mudah alih sekarang dan mungkin beberapa tahun akan datang kuasa merakam video akan lebih tinggi dengan cip yang lebih berkuasa.

Sumber: SamMobile

Teruskan Bacaan

Berita

Cara Muat Turun Gambar Pemandangan Menakjubkan Google Earth

Avatar

Ditulis

pada

Dalam simpanan Google Earth View, Google telah berkongsi beratus jumlah gambar pemandangan Bumi yang sangat cantik. Gambar ini menunjukkan pemandangan dari satelit yang membuatkan pengunjung melihatnya seakan dari mata burung.

Hari ini, syarikat itu telah menambah lagi lebih dari 1000 gambar dalam galeri tersebut menjadikan jumlah keseluruhan gambar kepada 2500. Menurut Google gambar yang terbaru ini telah dioptimasikan untuk skrin. Ia memaparkan warna yang lebih terang, terperinci, serta mempunyai resolusi sehingga 4K.

Cara muat turun

Cara memuat turun gambar latar belakang Google Earth senang sahaja

  • Pergi ke Earth View Collection dalam laman Google Earth.
  • Anda akan dibawa terus ke satu imej penuh satu pemandangan rawak.

  • Gerakkan tetikus ke bahagian kanan atas kandungan laman dan klik pada Download Wallpaper.
  • Anda juga boleh klik kanan tetikus sehingga keluar pilihan menu “Save image as…”.

  • Anda boleh klik kiri atau kanan untuk memilih imej pemandangan rawak yang disukai. Atau tekan sahaja butang “arrow” pada papan kekunci anda.
  • Tekan butang “show map” untuk melihat keseluruhan peta seluruh dunia. Anda juga boleh melaraskan carian warna spesifik mengikut keinginan anda.

Selamat mencuba!

Teruskan Bacaan

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular