Seagate Bakal Tawarkan HDD Berkapasiti 18TB, 20TB Dan 50TB

Ketika mana SSD dengan kapasiti besar boleh dikatakan sudah mampu dimiliki ramai pengguna, perkembangan lebih menarik telah muncul melibatkan Seagate. Seagate bukan nama asing lagi dalam pengeluaran memori dan untuk tahun-tahun mendatang, mereka merancang untuk menghadirkan HDD berkapasiti gergasi.

Pada pembentangan kewangan syarikat bersama pengalisis serta pelabur, Seagate telah menyatakan bahawa memori HDD dengan kapasiti 18TB bakal hadir seawal tahun 2020. Ia kemudiannya akan disusuli pula dengan HDD 20TB juga pada tahun yang sama. Difahamkan lagi, HDD 20TB itu bakal dibangun berasaskan Shingled Magnetic Recording (SMR).



Bergerak seterusnya kepada memori HDD 50TB, Seagate merancang untuk mengimplementasikan teknologi Heat Assisted Magnetic Recording (HAMR).

Perkhabaran ini cukup menarik untuk dinantikan pada masa hadapan dan bagaimana Seagate mahu bersaing dengan SSD yang semakin hari semakin rendah harganya.