Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Seagate 5TB Backup Plus Portable | Storan Mudah Alih Terbesar Di Dunia

Seagate 5TB Backup Plus Portable | Storan Mudah Alih Terbesar Di Dunia

Diterbitkan November 21, 2016 · Dikemas kini November 21, 2016 oleh Helmi Samsuri

Syarikat pengeluar storan terkenal, Seagate telah memperkenalkan Backup Plus Portable yang berkapasiti 5TB! Ia merupakan pemacu storan mudah alih terbesar di dunia. Backup Plus Portable terdiri daripada  pemacu dalaman BarraCuda 5TB yang dikemaskan dengan bekas aluminium setebal 20.5mm dan hadir dengan sokongan NTFS untuk macOS dan sambungan USB 3.0 untuk Windows. Bagi laptop yang  mempunyai port USB Type-C sahaja, anda perlu menggunakan dongle untuk disambungkan kepada storan mudah alih ini kerana ia tidak menyediakan port USB Type-C.

backup-plus-portable-5tb-silver-back-hi-res

Berukuran 11.5cm x 7.8cm x 2.1cm dan hanya seberat 247 gram storan ini mempunyai kelajuan pemindahan data yang boleh mencapai sehingga 14oMB/s. Anda perlu mengambil masa lebih dari 11 jam untuk memenuhkan pemacu mudah alih ini.

seagate_5tb_backup_plus_portable_1479293471138

Menurut Seagate, untuk kapasiti sebesar ini anda boleh menyimpan sehingga 600 jam video berdefinisi HD. Terdapat 5 variasi warna yang ditawarkan iaitu merah, biru, hitam, serta perak. Sesuai dengan kapasiti yang besar, Backup Plus Portable ini bakal dijual dalam lingkungan harga ~RM 840.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY